.
.
.
.
.
.
.
.
.

Teman-teman yang disayangi

Saturday, September 29, 2012

Tengas dan Sebarau

29/09/2012
Hanya Su-are seorang sahaja yang turun casting pada hari ini.Tempatnya ialah Sungai Kampar.Aku ada sekolah ganti,Po-G kerja dan Nan pula balik kampung.Jadi dia turun padang secara solo.Hari ini juga hari bertuah baginya kerana berjaya mendapat lesen Tengas dan Sebarau dengan kaedah casting menggunakan gewang Rapala Countdown Bleeding Pearl 5 cm.Walaupun Tengas dan Sebarau tersebut bersaiz juvenil namun Su-Are tetap berpuas hati.


Petang pula aku,Su-are dan Apit berkomplot casting PB.Agak rancak juga PB menghentam gewang.Gewang Strike Pro Sprat Stick Sinking yang paling laku dikekah PB petang ini.Su-are pula agak kecewa apabila PB bersaiz besar mengekah gewang Yozuri dan berjaya memutuskan tali pancingnya.Namun,kami semua dapat melayan tarikan PB pada petang ini.




Menduga tempat baru...

27/09/2012
Casting PB(Peacock Bass).Aku(Far Crew),Su-are dan Nan yang turun padang hari ini.Tujuan sebenar adalah untuk menduga PB di tempat yang baru dijumpai.Tempat ini terletak di kawasan Gopeng,Perak.Kami juga cuba menguji keberkesanan gewang Strike Pro Sprat Stick Sinking.Alhamdulillah,ada juga hasil di tempat baru ini.Tidak sia-sia kami mencuba.3 ekor PB berjaya di daratkan menggunakan gewang Strike Pro Sprat Stick Sinking dan seekor menggunakan gewang Hinomiya.

                                  Antara gewang Strike Pro Sprat Stick Sinking yang digunakan.


                                                                Hasil pada hari tersebut :





                                                       Hasil percubaan pada hari esoknya
                                                    menggunakan Lucky Craft Wander 45

Tuesday, September 25, 2012

Misi menebus kecewa

Akibat dari kecewa tidak berjaya menaikkan sebarau,aku melepaskan geram dengan casting PB (Peacock Bass).Aktiviti ini  aku lakukan seorang diri kerana ahli Kuchams Team yang lain ada urusan masing-masing.
Hanya satu gewang yang aku pertaruhkan iaitu gewang Strike Pro Sprat Stick Sinking.

Dalam masa sejam casting aku berjaya menaikkan tiga belas ekor PB yang bersaiz juvenil.Antara gambar yang diambil..










Kecik pun keciklah,janji dapat rasa tarikannya.Semua ikan tersebut aku CnR(Catch and Release) atau dengan bahasa mudahnya ialah dilepaskan semula.Bye bye,jumpa lagi PB.Hehehehe..Puas hati aku dapat layan PB hari ini.

Trip Survey

Serba ringkas tentang trip ni..

Dijalankan pada Ahad yang lalu dan disertai oleh lima orang iaitu aku(Far Crew),Po-G,Su-are,Nan dan Apit.Trip ini dilakukan untuk survey port yang berpotensi untuk casting sebarau.Kawasan yang dijalankan survey adalah di sungai sekitar Gopeng,Perak.
Sepanjang trip ini hanya satu sambaran dari sang Sebarau yang bersaiz agak besar diterima.Sang Sebarau itu berjaya membuatkan mata kail di gewang Rapala Countdown 9 cm ternganga.


Kuat betul tarikannya.Kecewa aku dibuatnya.Tak ada rezeki nak menaikkannya nak buat macam mana.Kami pasti akan kembali lagi ke port ini kerana sudah dikenal pasti lubuk ini terdapat sang Sabarau yang bersaiz besar.Setelah kepenatan,aktiviti mandi manda dilakukan.



 Dan semasa dalam perjalanan balik,kami terserempak dengan empat orang yang sedang melakukan aktiviti mengebom ikan.Banyak sebarau dan tengas yang mereka dapat.Aduyai,mereka ni pentingkan diri sendiri dan tidak memikirkan kesannya pada diri mereka dan persekitaran.Bila ditanya mengapa menggunakan kaedah ini,alasan yang diberi adalah untuk mencari rezeki.Mungkin kerana perasaan geram dan tidak bersetuju sama sekali dengan aktiviti ini,gambar mereka melakukan aktiviti ini pun lupa kami nak ambil.

Friday, September 21, 2012

Aku dah rasa.Korang dah?

Apa yang aku rasa?hahahaha...jap lagi mesti korang tau.Petang 21/9/2012, aku(Far Crew),Su-Are dan Nan berkomplot casting di Kota Bharu,Perak.Petang ni kami turun hanya dengan membawa gewang mikro untuk menduga keberkesanannya kepada PB(Peacock Bass).Port pertama yang kami duga hanya berjaya menaikkan seekor PB menggunakan gewang mikro dari Strike Pro.
 Selepas itu banyak juga stike yang diterima tetapi rabut.Kami beralih ke port kedua setelah lenguh tangan casting dan PB menyombong di port pertama.Di port kedua,Su-Are berjaya mendaratkan seekor haruan menggunakan gewang dari Bakau.
 Setelah itu,tiada lagi sambaran PB kecuali gewang dihentam oleh Talapia.Sebelum pulang,aku berjaya juga menaikkan seekor PB menggunakan gewang Rapala Countdown.
  Pada masa tu waktu dalam pukul 7.20 malam.Memang killer la gewang ni sampai jari aku pun strike dan gewang melekat kat jari.Ambik kau..hahahahaha..
 Kecuaiannya berpunca dari aku sendiri yang tertinggal playar dan aku membuka mata kail di mulut ikan tanpa menggunakan playar serta tidak berhati-hati.Itulah sebabnya aku kata aku dah rasa.Rasa mata kail melekat kat jari.Korang pulak? Alhamdulillah aku berjaya mengeluarkan mata kail dari jari aku dengan memotong mata kail tersebut setelah sampai di rumah.Moralnya ialah bawa playar dan gunakan playar untuk membuka mata kail dari mulut ikan..

Monday, September 17, 2012

Malam,Pagi dan Petang

Bermula kisah pada hari Sabtu malam Ahad 15 September 2012.Bukan kisah tentang apapun,kisah tentang memancing jer..hehehehehe.

Malam

Kalau malam takkan nak casting kot kat lombong.Jadi pilihan kami ialah layan bottom.
Ikan target : Jelawat
Umpan : Sawit Peram
Tempat : Kota Bharu,Perak.
Ahli Komplot : 4 orang-far Crew,Po-G,Su-Are dan Nan
Alkisahnya : Kami sampai ke lombong untuk  memancing jelawat lebih kurang pukul 10 malam.Port yang biasa kami mancing penuh.Kami pun bergerak ke tempat lain dan mencuba port baru di lombong yang sama.Lama juga kami menunggu ikan menjamah umpan.Hanya getuan-getuan kecil sahaja.Kami dikejutkan dengan bunyi drag dari reel joran Su-Are.Seekor jelawat berjaya dinaikkan.Hasil yang berjaya didaratkan pada malam itu adalah sebanyak 3 ekor.Semuanya dari Su-Are.



 



Pagi

Diteruskan dengan aktiviti memancing dengan kaedah casting.
Ikan Target : Sebarau
Umpan : Lure/Gewang
Tempat : Sungai Gunung Panjang,Perak
Ahli Komplot : Far Crew,Po-G dan Su-Are
Alkisahnya : Kami bergerak seawal pukul 7 pagi menuju ke Sungai Gunung Panjang.Sampai ditempat yang dituju,hujan mula turun renyai-renyai.Dalam fikiran kami timbul persoalan nak teruskan atau tak misi pada hari ini.Bukan apa,takut kepala air dan air besar turun.setelah perbincangan dibuat,kami bertiga nekad meneruskan acara casting tetapi dengan berhati-hati.Strike pertama diterima oleh Po-G dan sebarau berjaya didaratkan.Setengah jam kami casting,banyak sampah mula turun melalui sungai.Ini petanda air besar akan turun.Kami bergegas naik dari sungai dan ternyata tak sampai 5 minit,air besar yang keruh turun dengan laju.Alhamdulillah kami sempat naik.Kami balik pada tengah hari untuk menghadiri kenduri.Semasa di tempat kenduri,kami sekali lagi berbincang dan bersetuju untuk menyambung aktiviti casting pada sebelah petang.









Petang

Diteruskan lagi aktiviti casting
Ikan Target : Peacock Bass (PB)
Umapan : Lure/Gewang
Tempat : Kota Bharu,Perak.
Alkisahnya : Port yang dituju adalah port yang telah lama kami tak kunjungi disebabkan air terlalu cetek.sampai di sana,air naik sedikit mungkin disebabkan hujan pada pagi tadi.Acara casting dimulakan dan Po-G mendahului dengan berjaya menaikkan PB juvenil menggunakan gewang Yozuri.Seterusnya juga dari Po-G.Killer betul la gewang Yozuri Po-G.Giliran aku pula strike dengan menggunakan gewang Lucky Craft wander 45 dan Gewang Hinomiya.Su-Are masih belum mendapat sambaran walaupun pelbagai gewang telah dicuba.Sebelum kami pulang Su-Are berjaya memecah kebuntuan dengan menaikkan PB dengan menggunakan gewang mikro Bakau.











Penat rasanya dari malam bawak ke pagi dan petang memancing.Tapi kalau dah hobi,penat pun tak apa.hehehehe..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...