.
.
.
.
.
.
.
.
.

Teman-teman yang disayangi

Tuesday, December 11, 2018

Layan santai

Kita Layan video santai
Kredit utk Masta Zambrota



PB lagi..

10/12/2018

Turun berdua ke port paling dekat dengan po-g mencari PB lagi.Banyak sambaran-sambaran yang tak lekat hari ni.

                   Video misscall dr PB

Alhamdulilah,walaupun byk tak lekat ada juga PB yg dpt didaratkan.


Video PB on top water




Saturday, December 8, 2018

Boating pulak

7/12/2018

Lama jgk dh tak boating ini..Asyik landbased je..sekali sekala turun syok jgk.Lokasi di Kota Bharu,Perak.Sape yg nk trn boating utk layan PB dan temensis tempat ni boleh le hubungi Wan Ahmad Fariz Faez di facebook..









Pembakaran terbuka

Pembakaran terbuka ini dilakukan oleh salah seorang warga Kuchams Team.Habis hangus kitaorang di bakarnya melalui gambar kiriman whatsapp.Hahahahaha..
Apapun memang terbaiklah saudara Said ni.Air tawar air masin semua disapu..hehehee..Bila agaknya kami boleh ke tempatnya di KK tu..semoga terus strike sahabat tp jangan le kerap sgt membakornya..

Reel:revo elite rocket 9
Rod:okuma competition 2-6
Lure: poper kaiko
Line: proberos 20lb
Leader: 20lbs dupon fc














PB makan petang..

6/12/2018

Turun bersama po-g menduga port yg paling dekat pada sebelah petang.Alhamdulillah ada jgk hasilnya walaupun port boleh dikatakan mencabar kerana hutan dan ruang utk casting amat terhad.
Rod: Relix nusantara Cangkek 2-6lb
Reel: Daiwa Steez Limited SV Namik
Lure: strike pro sprat stick
Line:Kirin Assasin 201b
Leader:Awa-Shima 30lb

Layankan gambar-gambarnya..






Ketuk batu cari kerapu

25/11/2018

Berempat iaitu Arjiee,Pa,po-g dan aku menuju ke Lumut untuk casting.Tempat yg dituju ialah belakang power plant Segari.Permulaan yg baik apabila gewang arjiee di sambar pemangsa tetapi sayangnya ikan terlepas selepas ia membuat aksi terbang gaya bebas dan jelas kelihatan seekor alu-alu atau barracuda berjaya meloloskan diri.Selepas itu hanya beberapa ekor kerapu berjaya di naikkan oleh kami.Gewang yg digunakan utk menggoda kerapu ini adalah zman minnowz 3".Alhamdulillah semua tak kumpau.



Ronda-ronda cari port PB

14/11/2018

Berkereta berdua mencari port PB yg senang dan mudah untuk dituju.Sampai ke satu lombong area Tanjung Tualang yang nampak agak berpotensi namun ruang untuk casting terhad kerana ramai yg bottom.Bersembang dengan pemancing di sini mereka bottom Tilapia dan Rohu.Alhamdulillah ada juga sambaran yg diterima dlm misi pencarian port ni.Antara gewang yg digunakan ialah softplastic,jackall chubby pencil dan mini popper.




Thursday, October 18, 2018

Semoga cepat sembuh sahabat

Semoga sahabat kami,Erul cepat sembuh dan diberi kesihatan yang baik.Dikhabarkan beliau menghidapi ketumbuhan pada paru-paru.Kami semua warga Kuchams Team mendoakan yang terbaik untukmu sahabat.Semoga tetamu blog ini juga mendoakan yang terbaik untuk sahabat kami Khairul Johari B. Imran(Erul)
بسم الله الرحمن الرحيم

للَّهُمَّ اَزِلْ عَنْهُ الْعِلَلَ وَالدَّآءَ،وَاَعِدْهُ اِلَى الصِّحَّةِ وَالشِّفَآءِ،وَاَمِـدَّهُ بِحُسْنِ الْوِقَايَةِ، وَرُدَّهُ اِلَى حُسْنِ الْعَافِيَةِ،وَاجْعَلْ مَانَالَهُ فِي مَرَضِهِ هَذَا مَادَةً لِحَيَاتِهِ وَكَفَّارَةً لِسَيِّئَاتِهِ

Ya Allah, hilangkan dari dirinya penyakit, kembalikan dia kepada kesihatan dan ke-sembuhan. Bantulah dia dengan sebaik-baik perlindungan, dan kembalikan dia kepada sebaik-baik kesembuhan. Jadikanlah apa saja yang dirasakannya pada waktu sakitnya sebagai pahala untuk kehidupannya dan penghapus atas segala kesalahan-nya. Ya Allah, sampaikan shalawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad..Aamiinn.

Semoga kau kuat Sahabat





Gasak sungguh abang hensem sorang ni

Memang betul-betul memanfaatkan cuti bro said kita ni.Setiap kali turun mesti ada hasil tapi ada gak kumpau..hehehehe..kumpau tu kan indah.Taman permainan yang dia selalu bermain dengan ikan ialah sekitar Gopeng.Layankan gambar-gambarnya..









LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...