.
.
.
.
.
.
.
.
.

Teman-teman yang disayangi

Tuesday, October 16, 2012

Skitter Pop vs Yozuri F

16/10/2012

Pemancing: Far Crew,Po-G dan Najib
Port: Kolam Tengah

Hari ini aku pertaruhkan gewang Rapala Skitter Pop untuk memikat Peacock Bass(PB) manakala Po-G mempertaruhkan gewang  Yozuri F.Najib pula sibuk melayan bottom dan sempat sekali sekala casting.Ternyata Skitter Pop berjaya menambat hati PB dan begitu juga dengan Yozuri F.Aku berjaya menaikkan 3 ekor PB dan Po-G juga sebanyak 3 ekor.
Yang syoknya guna Skitter Pop ni ialah bunyi letupan apabila kena baham dek PB.Satu letupan yang menggegar jantung.Best tuuu...






Sunday, October 14, 2012

Kolam Tengah

14/10/2012

Ahli komplot : Najib,Nan,Far Crew dan Su-are
Port : Kolam Tengah
Casting dan Bottom

Rutin biasa dilakukan di hujung minggu iaitu memancing.Kami bergerak pada pukul 3.30 petang.Sampai di port,cuaca agak panas dan air agak keruh.Hari ini kami masih lagi bottom sambil casting.Joran untuk bottom dilabuhkan terlebih dahulu dan seterusnya barulah dimulakan adegan casting.
Gewang permukaan banyak dipertaruhkan pada mulanya untuk memikat PB.Antaranya adalah Rapala Skitter Pop.Alhamdulillah ada juga PB yang berjaya didaratkan.

Untuk bottom pula,kami menggunakan umpan sawit peram dan dedak.Hasilnya pada hari ini Najib berjaya menaikkan Keli seberat dua kilogram berumpankan dedak dan Nan pula dengan Jelawat yang juga seberat dua kilogram berumpankan sawit peram.


Pada sebelah senjanya pula PB semakin galak membaham gewang.Antara yang didaratkan ialah dengan menggunakan gewang strike pro dan Duel.



Hujan Rahmat

13/10/2012

Ahli komplot: Far Crew,Nan,Su-are dan Najib.
Port: Kolam Tengah
Casting dan Bottom

Berkumpul seawal pukul 12 tegah hari untuk ke port namun hujan turun dengan lebat.Menunggu sehingga pukul 3.30 petang dan hujan masih lagi tidak berhenti.Perbincangan dibuat dan kami bersetuju untuk meredah hujan.
Sampai di port,hujan masih lagi tak berhenti.Air sedikit naik.PB kelihatan rancak mengejar anak-anak ikan di tengah lombong.Kami menyiapkan dahulu peralatan untuk bottom dengan berumpankan dedak,roti dan sawit.Setelah umpan bottom siap dibaling kami pun memulakan casting.
PB pertama berjaya didaratkan oleh Nan dan diikuti oleh aku dan Su-are.Najib belum lagi mendapat PB kerana tak menang tangan melayan tarikan Rohu yang memakan umpan joran bottomnya.Aku pun berjaya jugak menaikkan Rohu dengan menggunakan umpan roti.Hanya beberapa ekor Rohu diambil dan selebihnya dilepaskan balik.
Semasa kami berkemas untuk pulang,joran bottom Su-are yang berumpankan sawit ditarik ikan.Memang jelawat kat sini time nak balik baru nak makan umpan.Jelawat seberat 4 kilo berjaya dinaikkan.Setelah selesai sesi bergambar kami pun pulang.Casting dan bottom,kedua-duanya berjaya pada hari ini.





Tuesday, October 9, 2012

Casting & Bottom

09/10/2012

Ahli Komplot: Far Crew,Po-G,Nan,Su-are dan Kechik
Port: Kolam Tengah

Sampai ke destinasi pukul 5 petang.Po-G dan Su-are menyediakan 2 joran untuk bottom.Satu berumpankan sawit peram,satu lagi berumpankan dedak.Kata Po-G,sambil casting sambil bottom.Setelah umpan untuk bottom di baling,kami memulakan acara casting.Aku mendahului dengan menaikkan seekor haruan dengan menggunakan Rapala Countdown.Selepas itu Nan juga berjaya menaikkan seekor haruan diikuti seekor PB oleh Po-G juga menggunakan Rapala Countdown.Joran bottom yang berumpankan dedak tiba-tiba melentuk.Nan  yang kebetulan casting berdekatan terus merentap joran dan ikan membuat larian.Seterusnya Po-G menyambung aksi dari Nan dan berjaya menaikkan Rohu seberat 2kg.Semasa berkemas untuk pulang,joran bottom yang berumpankan sawit pula ditarik ikan dan Jelawat seberat 1.5kg berjaya didaratkan oleh Su-are.

Hasil Casting: 2 PB,2 Haruan
Hasil Bottom : 1 Jelawat,1 Rohu







Monday, October 8, 2012

3 Jenis

08/10/2012
Kuchams Team Caster

Caster: Po-G dan Far Crew
Tempat: Sungai Kampar
Lure : Sebarau & PB-Maria F70,Tengas-Rapala Countdown

Kebetulan cuti aku dan Po-G kena pada hari yang sama.Apalagi,casting la jawabnya.Kami turun pada awal pagi.Hari ni tak nak layan PB,nak cuba Sebarau pulak.Tapi dalam perjalanan balik sempat jugak Po-G singgah kat lombong kejap untuk casting PB.Dapat la sekor PB.Alhamdulillah,Po-G juga berjaya menaikkan Sebarau.Aku pulak dapat lesen Tengas dengan kaedah casting.Banyak juga Tengas kat port ni sebab aku rabut tiga kali dan semuanya Tengas.Sayang betul.Jadi hari ni kami dapat 3 jenis ikan.Apapun,lesen ini akan diperbaharui kelak.InsyaAllah..


Sunday, October 7, 2012

Dari Jauh..

06/10/2012

Kuchams Team Caster
Caster : Kimi Klate,Su-are dan Po-G
Port : Kolam Tengah


Terlebih dahulu selamat datang untuk Kimi dan selamat bermesra dengan PB.hehehehehe..Komplot ini diadakan untuk meraikan kedatangan Kimi selaku Kuchams Team Crew dari Pantai Timur ke Perak.Malangnya pada tarikh kedangannya aku terpaksa bertugas.Hanya Su-are dan Po-G yang dapat menemani Kimi melayan PB.Alhamdulillah,hajat Kimi untuk melayan PB tercapai.Lain kali katanya akan kembali lagi kerana masih tak puas layan PB.



Hari sebelum kedatangan Kimi
Caster :Su-are dan Nan



Wednesday, October 3, 2012

Casting Edisi Awal Oktober

02/10/2012

Kuchams Team Caster (KTC)
Tempat : Kawasan Gopeng-Dinamakan Port Kolam Tengah
Ahli komplot : Far Crew,Po-G,Su-are,Nan dan Apit
Gewang yang mendatangkan hasil : Strike Pro Sprat Stick,Rapala Countdown dan Yo-zuri Duel Hardcore
Acara bermula : 5.00 petang-7.30 malam
Ikan target : Peacock Bass
Foto yang sempat diambil:





Gambar aku dengan baby sebarau kat bawah ni pulak bukan gambar pada hari ni,tapi hari sebelumnya.Saje je tempek sekali kat sini sebab hari ni aku tak dapat ikan.Kumpau....hehehehehehehee..PO-G orang yang kuat gelak kat aku sebab aku kumpau ari ni.Tak pe,kita repeat lagi kat sini nanti.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...