.
.
.
.
.
.
.
.
.

Teman-teman yang disayangi

Sunday, October 14, 2012

Hujan Rahmat

13/10/2012

Ahli komplot: Far Crew,Nan,Su-are dan Najib.
Port: Kolam Tengah
Casting dan Bottom

Berkumpul seawal pukul 12 tegah hari untuk ke port namun hujan turun dengan lebat.Menunggu sehingga pukul 3.30 petang dan hujan masih lagi tidak berhenti.Perbincangan dibuat dan kami bersetuju untuk meredah hujan.
Sampai di port,hujan masih lagi tak berhenti.Air sedikit naik.PB kelihatan rancak mengejar anak-anak ikan di tengah lombong.Kami menyiapkan dahulu peralatan untuk bottom dengan berumpankan dedak,roti dan sawit.Setelah umpan bottom siap dibaling kami pun memulakan casting.
PB pertama berjaya didaratkan oleh Nan dan diikuti oleh aku dan Su-are.Najib belum lagi mendapat PB kerana tak menang tangan melayan tarikan Rohu yang memakan umpan joran bottomnya.Aku pun berjaya jugak menaikkan Rohu dengan menggunakan umpan roti.Hanya beberapa ekor Rohu diambil dan selebihnya dilepaskan balik.
Semasa kami berkemas untuk pulang,joran bottom Su-are yang berumpankan sawit ditarik ikan.Memang jelawat kat sini time nak balik baru nak makan umpan.Jelawat seberat 4 kilo berjaya dinaikkan.Setelah selesai sesi bergambar kami pun pulang.Casting dan bottom,kedua-duanya berjaya pada hari ini.





No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...