.
.
.
.
.
.
.
.
.

Teman-teman yang disayangi

Monday, June 17, 2013

Dari Utara mencari lesen PB

16/6/2013
 Caster: Po-G,Najib,Far Crew dan Fatah
 Port: Kolam Tengah

 Kunjungan Fatah dari Penang ke Gopeng untuk mencari lesen PB disambut baik oleh warga Kuchams Team yang lain.Komplot diatur untuk membolehkan Fatah mendapat lesen PB.Port yang kami gempur ialah di suatu lombong yang telah dipagar dan kami nekad untuk masuk secara haram.hehehehe..Setibanya di port,kami sedikit gembira kerana pagar yang selama ini dikunci terbuka luas.Apalagi,kami terjah je la lombong tu.
 Sepanjang tempoh kami casting pada hari itu,tak ada pula tuan yang mengaku pemilik lombong itu dtg menghalau kami.
 Apapun tahniah kepada semua dan terutama Fatah kerana telah mendapat lesen PB.Lain kali jangan lupa datang lagi.

Monday, June 10, 2013

Lesen Bujuk dengan SP pinjam

6/6/2013
Lubuk Syurga Bujuk
Caster: Far Crew,Su-are,Syahrul Izwan(G.L.C) dan Mohd Hazwan(G.L.C)

Terlebih dahulu diucapkan terima kasih kepada Mohd Hazwan Ghazali,admin blog Gedebe Lure Caster(G.L.C) kerana telah membawa aku ke port syurga Bujuk dan terima kasih juga kepada Syahrul Izwan yang telah bagi pinjam SP untuk aku mendapatkan lesen Bujuk.
Alkisahnya aku mendapat panggilan telefon dari adik ipar aku,Su-are semasa aku bercuti di kampung yang mengatakan Syahrul Izwan iaitu kawan baiknya mengajak ke port Bujuk.Aku terus bersetuju kerana belum lagi ada lesen Bujuk.Setelah itu,aku terfikir dalam simpanan aku,SP tak ada.Macam mana nak layan Bujuk ni.Perancangan selepas itu ialah nak membeli SP di kedai pancing Pasir Mas tetapi terlupa la pulak.
Sesampai di port,aku menggunakan Storm Wildeye Live Shrimp.Satu strike diterima tetapi rabut.Seterusnya aku menggunakan Abu Garcia Active Spinner namun kes rabut terjadi lagi.Memang ternyata kurang pengalaman aku casting Bujuk ni.
Asyik Rabut jer.Syahrul Izwan menawarkan SP miliknya untuk aku cuba memujuk Bujuk.Ternyata memang SP menjadi kegilaan Bujuk di sini.Alhamdulillah,dapat jugak lesen Bujuk.
Harapan hati InsyaAllah di lain waktu dapat lagi berkomplot dengan otai Mohd Hazwan dan Syahrul Izwan.Harap-harap otai sudi.Terima kasih boh...

Sunday, June 2, 2013

Toman Kampungku

2/6/2013
Caster : Fatah dan Far Crew

Alhamdulillah,setelah dua hari pencarian berturut-turut,akhirnya berjaya juga Toman seberat 3.12kg dinaikkan.Hari pertama pencarian,pencil yang dimainkan dihentam sang Toman namun rabut.Hanya seekor Sebarau yang berjaya ditewaskan oleh Fatah.
Keesokan harinya kami teruskan pencarian.Pencil,popper,shadrap dan pelbagai gewang digunakan namun ikan menyombongkan diri.Setelah itu,aku menukar gewang kepada Abu Garcia Spinner.Niat dihati nak menggoda Sebarau tetapi Toman pula yang sudi.Berdesit tali keluar dari reel Revo MGX.Melentuk rod Vendetta menahan asakan dari sang ikan.Setelah beberapa minit bertarung,berjaya juga Toman didaratkan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...