.
.
.
.
.
.
.
.
.

Teman-teman yang disayangi

Monday, December 26, 2011

Rutin Biasa

Hari ini aku dan dua orang lagi ahli Kucham Team melakukan rutin biasa iaitu mengilat atau casting.Target hari ini adalah sebarau.Port yang dituju adalah di satu aliran sungai sekitar Gopeng.Lenguh tangan mengilat seekor sebarau pun tak menunjukkan muka.Hanya PB yang sudi mengekah spoon Yozuri Altima.
Aku juga beralih arah dengan menggunakan katak plastik mencari haruan di lombong bersebelahan dengan sungai.Ada juga hasilnya.Alhamdulillah,walaupun target utama tidak tercapai namun ada juga sambaran dari spesis lain selain dari target utama iaitu sebarau.

MMS Pembakar Semangat

MMS dikirim dari ahli Kuchams Team yang berada di Terengganu,Kelantan dan Sabah telah diterima.Gambar-gambar hasil pancingan di sana dihantar sebagai pembakar semangat kepada ahli-ahli yang lain.Tahniah dan teruskan usaha anda semua.Antara gambar-gambar yang di kirimkan:

Gambar dikirim oleh Lie-Terengganu

Gambar dikirim oleh Mat Eyl-Kelantan
Gambar dikirim dari Said-Sabah

Monday, December 19, 2011

Pencarian Hampala sekitar Gopeng,Perak.

Hampala?bukan Hang Pa La.hehehee.Hampala Macrolepidota atau ikan sebarau.Gopeng?Betul ke ada Sebarau sekitar Gopeng.Ada memang ada tapi nak jumpa port yang cantik dan baik memang susah.Jenuh jugak la geng Kuchams Team menyelongkar kawasan sekitar Gopeng mencari port Sebarau.Setakat boleh layan Hampala Juvenil pun tak apa dah.Hujung tahun ni di Gopeng hujan mula turun sebelah petang dan malam.Air sungai mula naik.Masa yang agak cantik untuk membottom ikan jelawat dan ikan baung tapi kami melupakan acara bottom demi untuk casting dan rasa tarikan sang sebarau.Berkat usaha kami merayau mencari port,dapat la jugak kami merasa tarikan sebarau walaupun bukan yang bersaiz bagak.Kami gunakan spoon yozuri altima,gewang hinomiya dan gewang rapala.Dalam pencarian sebarau,lure kami juga dihentam oleh sang toman remaja dan sang PB.Dalam sungai tempat arus laju pun PB dah bermaharajalela.Ada juga perkara yang tak disangka-sangka berlaku,antaranya ikan jelawat menghentam gewang pencil owner cultiva yang dipersembahkan.Gelojoh benar sang jelawat itu.Walaupun letih berlegar-legar mencari port,kami tetap puas kerana misi telah berjaya.Kami akan teruskan usaha membongkar port-port yang berpotensi untuk menaikkan sebarau di sekitar Gopeng.Teruskan usaha geng Kuchams Team.

Jelawat yang gelojoh...


Toman terpedaya dengan spoon yozuri altima


Tuesday, September 27, 2011

Operasi Leptobarbus hoevenii

Ikan Jelawat atau juga dikenai sebagai Ikan Sultan merupakan ikan air tawar. Nama sainsnya adalah Leptobarbus hoevenii.Ia terdapat di sungai,tasik dan lombong sekitar Malaysia,Indonesia dan Thailand.Itu adalah serba sedikit tentang ikan jelawat.Bukan apa,dalam seminggu yang lalu kami cuti daripada casting dan gatal tangan membottom ikan Jelawat.Tempat pemancingan kami ialah sekitar Kota Bharu,Perak.Operasi ini dijalankan oleh kami bertiga iaitu Po-G,Far Crew dan Syaifur.Umpan yang kami gunakan ialah buah kelapa sawit.Memang mujarab umpan buah kelapa sawit ini.Aku pun tak tahu macam mana ikan ni boleh belajar dan berselera makan buah kelapa sawit.Heran gak aku.
Hasil yang kami perolehi agak memberangsangkan.Keseronokan memancing ikan Jelawat ialah apabila ikan ini memakan umpan.Tarikannya yang ganas membuatkan hati berdebar-debar.Joran hendaklah sentiasa diperhatikan dan lebih baik dengan menggunakan pancang.Ini kerana joran boleh ke dalam sungai jika leka.Kalau nak tahu joran melambung ke tak,cubalah memancing jelawat.Anda pasti terasa debarannya,lebih-lebih lagi jika terkena saiz yang bagak.

Friday, August 12, 2011

Trip Menyambut Ramadan

Pada 30 dan 31 Julai 2011,Kuchams Team sekali lagi mengadakan trip ke Kelong Batu Undan,Lumut.Trip ini diadadakan sebagai trip sebelum datangnya bulan Ramadan.Trip kali ini disertai seramai 6 ahli Kuchams Team iaitu Far Crew,Po-G,Remy,Epy,Su-Are dan Najib.Trip kali ini diatur untuk lebih kepada santai bersama rakan-rakan.Walaupun hasil pada kali ini kurang memberangsangkan,kami tetap seronok dan enjoy.Trip kali ini juga kami dihadiahkan pengalaman baru.Pengalaman itu ialah kelong dilanda ribut yang kuat.Ribut mula berlaku lebih kurang pada pukul 5 pagi dan berhenti sejam selepas itu.Kami besyukur ke hadrat Ilahi kerana tiada malapetaka yang kami alami.InsyaAllah kami akan ke kelong ini dalam masa yang terdekat ini.










Thursday, July 21, 2011

Kelong Pilihan Kuchams Team

Kelong Batu Undan,Lumut,Perak

Info:
Lokasi kelong :Berhampiran batu besar bersebelahan Jambatan Tuanku Bainun UNIKL MIMET.Sewa kelong : RM40 seorang untuk satu hari.
Pengangkutan pergi dan balik disediakan
Kemudahan asas: pelantar memancing, bilik, bilik air,dapur gas dan peralatan memasak.Bateri
untuk lampu diwaktu malam disediakan.

Hari Biasa : Check in & Check out jam 5.00 petang
Hujung Minggu dan Cuti Am:
Check In : 10.00 pagi
Check Out : 9.00 pagi
Tempat naik bot: Jambatan Tuanku Bainun
*Umpan TIDAK DISEDIAKAN
Hubungi En Kamarul 0172445422/ Pn Lina 0129158306



Kuchams Team akan mengadakan trip ke kelong ini pada 30 Julai ini.Pengalaman,keseronokan dan gambar hasil tangkapan akan di"update" nanti.

Ahli yang confirm join trip ni:

Far Crew
Po-G
Epy
Su-are
Remy
Najib


Saturday, June 18, 2011

Lari dari kesibukan yang melanda..

Setelah sekian lama menyepi dan tidak memancing serta meng'update' blog disebabkan kesibukan yang melanda,aku berpeluang memancing bersama Remy dan adik iparku.Tempat pertama yang kami tuju ialah Lumut.Dalam perjalanan nak ke Lumut,tiba-tiba rancangan diubah rentetan idea dari aku.Aku mencadangkan memancing di kelong Batu Undan.Lantas aku menelefon tuan empunya kelong menyatakan hajat kami walaupun waktu pada ketika itu sudah 5 petang.Kami sampai ke kelong dalam pukul 5.30 petang dan keluar dari kelong jam 11 malam.Hasil yang kami dapat hanyalah seekor ebek dan seekor tanda.Walaupun hasil yang dinaikkan kurang,kami tetap berpuas hati kerana banyak strike yang kami terima.Cuma nasib tidak menyebelahi kami kerana ikan dapat meloloskan diri dengan membelit di celah karang.



Selang dua hari selepas kunjungan kami ke Kelong Batu Undan ini,kami memancing pula di Marina Coral Fishing Resort.Kami bermalam di resort itu.Hasil pancingan yang kami dapat ialah beberapa ekor kerapu,ikan daun baru dan gelama.Semasa di sana,terjadi kes lurus mata kail dan tali berdentum di kerjakan sang ikan.Namun kami tidak dapat pastikan gerangan ikan apakah yang melakukan perbuatan itu.Kecewa rasanya kerana tidak berjaya mendaratkan ikan yang dianggarkan bersaiz mega itu.Gambar semasa di sana tidak dapat di ambil kerana kejadian tertinggal kamera.Walau apapun,InsyaAllah awal bulan tujuh ini kami akan sekali lagi ke sana untuk misi membalas dendam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...