.
.
.
.
.
.
.
.
.

Teman-teman yang disayangi

Friday, December 28, 2012

Kenerak Pertama

Mengambil peluang pulang ke kampung semasa cuti sekolah,aku meneruskan aktiviti memancing bersama adik-adik dan sepupu aku.Kebetulan semasa aku pulang ke Kelantan,hujan tak berhenti-henti dan paras air semakin meningkat.
Kami berkomplot untuk casting Sebarau.Beberapa port yang berpotensi kami gempur tetapi tiada hasil.Hanya kesejukan yang kami dapat kerana hujan tak berenti-henti turun.Cuti selama 5 hari dan hari terakhir aku turun bersama adik ipar aku di Sungai Kelantan.Niat di hati nak casting Sebarau tapi seekor Kenerak yang terjerat.Ini adalah Kenerak pertama Kuchams Team.
 Setelah kembali ke Gopeng,aktiviti memancing diteruskan lagi.Niat mencari Sebarau tetapi Sebarau masih sombong mengekah gewang.Hanya ikan lain yang sudi.

Monday, December 10, 2012

Terjah port-port baru yang berpotensi

Di hujung tahun ini,kami masih lagi cuba menduga port-port baru yang berpotensi di sekitar Gopeng untuk mencari Sebarau.Hasil yang kami dapat setelah menduga port-port baru itu masih lagi belum menemukan kami dengan Badong.Hanya Sebarau yang bersaiz kecil sahaja yang didaratkan setakat ini.InsyaAllah kami akan teruskan pencarian kami dengan mencari lagi port-port yang baik untuk menduga Sebarau.Antara gambar yang diambil:


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...