.
.
.
.
.
.
.
.
.

Teman-teman yang disayangi

Sunday, November 18, 2012

Sebarau Hujung Minggu

18/11/2012
pemancing: Po-G,Su-are dan Far Crew
Tempat : Sungai Kampar dan sekitar Gopeng,Perak.

Bergerak ke Sungai Kampar agak lewat iaitu sekitar pukul 10.00 pagi.Sampai di sana air pula kurang cantik,namun kami tetap meneruskan aktiviti.Hanya seekor baby Sebarau yang berjaya didaratkan oleh Po-G di Sungai Kampar.
Selepas tiada lagi sambaran di Sungai Kampar,kami beralih ke lokasi seterusnya di sekitar Gopeng.Alhamdulillah ada jugak hasilnya walaupun saiznya tidak sebesar mana.Lima ekor Sebarau dan seekor PB berjaya berjaya didaratkan.InsyaAllah kami akan meneroka lagi lubuk-lubuk baru Sebarau di sekitar Gopeng.


Friday, November 2, 2012

Aktiviti selepas raya

Selepas Hari Raya Aidiladha,aktiviti memancing diteruskan.Target kami ialah Sebarau di sekitar Gopeng,Perak.Ternyata hujan lebat dan air sungai yang naik memberikan kami peluang untuk memburu Sebarau.Walaupun saiz tidak sebesar mana,namun kami tetap puas dapat melayan tarikan Sebarau.Tahniah kepada Hanan kerana telah mendapat lesen Sebarau dan kepada Apit kerana mendapat lesen Baung.

28/10/2012
Pemancing : Far Crew,Najib,Su-are dan Farid
Hasil keseluruhan : 6 ekor Sebarau





29/10/2012
Pemancing : Najib,Far Crew dan Su-are
Hasil keseluruhan : 2 ekor Sebarau dan seekor PB





30/10/2012
Pemancing: Su-are,Hanan,Najib,Far Crew dan Kechik
Hasil keseluruhan : 5 ekor sebarau



31/10/2012
pemancing: Apit,Najib dan Far Crew
Hasil keseluruhan : seekor Sebarau,seekor PB dan seekor Baung



01/11/2012
Pemancing : Hanan,Far Crew,Su-are,Najib dan Kechik
Hasil keseluruhan : 11 ekor sebarau











LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...