.
.
.
.
.
.
.
.
.

Teman-teman yang disayangi

Friday, December 28, 2012

Kenerak Pertama

Mengambil peluang pulang ke kampung semasa cuti sekolah,aku meneruskan aktiviti memancing bersama adik-adik dan sepupu aku.Kebetulan semasa aku pulang ke Kelantan,hujan tak berhenti-henti dan paras air semakin meningkat.
Kami berkomplot untuk casting Sebarau.Beberapa port yang berpotensi kami gempur tetapi tiada hasil.Hanya kesejukan yang kami dapat kerana hujan tak berenti-henti turun.Cuti selama 5 hari dan hari terakhir aku turun bersama adik ipar aku di Sungai Kelantan.Niat di hati nak casting Sebarau tapi seekor Kenerak yang terjerat.Ini adalah Kenerak pertama Kuchams Team.
 Setelah kembali ke Gopeng,aktiviti memancing diteruskan lagi.Niat mencari Sebarau tetapi Sebarau masih sombong mengekah gewang.Hanya ikan lain yang sudi.

Monday, December 10, 2012

Terjah port-port baru yang berpotensi

Di hujung tahun ini,kami masih lagi cuba menduga port-port baru yang berpotensi di sekitar Gopeng untuk mencari Sebarau.Hasil yang kami dapat setelah menduga port-port baru itu masih lagi belum menemukan kami dengan Badong.Hanya Sebarau yang bersaiz kecil sahaja yang didaratkan setakat ini.InsyaAllah kami akan teruskan pencarian kami dengan mencari lagi port-port yang baik untuk menduga Sebarau.Antara gambar yang diambil:


Sunday, November 18, 2012

Sebarau Hujung Minggu

18/11/2012
pemancing: Po-G,Su-are dan Far Crew
Tempat : Sungai Kampar dan sekitar Gopeng,Perak.

Bergerak ke Sungai Kampar agak lewat iaitu sekitar pukul 10.00 pagi.Sampai di sana air pula kurang cantik,namun kami tetap meneruskan aktiviti.Hanya seekor baby Sebarau yang berjaya didaratkan oleh Po-G di Sungai Kampar.
Selepas tiada lagi sambaran di Sungai Kampar,kami beralih ke lokasi seterusnya di sekitar Gopeng.Alhamdulillah ada jugak hasilnya walaupun saiznya tidak sebesar mana.Lima ekor Sebarau dan seekor PB berjaya berjaya didaratkan.InsyaAllah kami akan meneroka lagi lubuk-lubuk baru Sebarau di sekitar Gopeng.


Friday, November 2, 2012

Aktiviti selepas raya

Selepas Hari Raya Aidiladha,aktiviti memancing diteruskan.Target kami ialah Sebarau di sekitar Gopeng,Perak.Ternyata hujan lebat dan air sungai yang naik memberikan kami peluang untuk memburu Sebarau.Walaupun saiz tidak sebesar mana,namun kami tetap puas dapat melayan tarikan Sebarau.Tahniah kepada Hanan kerana telah mendapat lesen Sebarau dan kepada Apit kerana mendapat lesen Baung.

28/10/2012
Pemancing : Far Crew,Najib,Su-are dan Farid
Hasil keseluruhan : 6 ekor Sebarau





29/10/2012
Pemancing : Najib,Far Crew dan Su-are
Hasil keseluruhan : 2 ekor Sebarau dan seekor PB





30/10/2012
Pemancing: Su-are,Hanan,Najib,Far Crew dan Kechik
Hasil keseluruhan : 5 ekor sebarau



31/10/2012
pemancing: Apit,Najib dan Far Crew
Hasil keseluruhan : seekor Sebarau,seekor PB dan seekor Baung



01/11/2012
Pemancing : Hanan,Far Crew,Su-are,Najib dan Kechik
Hasil keseluruhan : 11 ekor sebarau











Tuesday, October 16, 2012

Skitter Pop vs Yozuri F

16/10/2012

Pemancing: Far Crew,Po-G dan Najib
Port: Kolam Tengah

Hari ini aku pertaruhkan gewang Rapala Skitter Pop untuk memikat Peacock Bass(PB) manakala Po-G mempertaruhkan gewang  Yozuri F.Najib pula sibuk melayan bottom dan sempat sekali sekala casting.Ternyata Skitter Pop berjaya menambat hati PB dan begitu juga dengan Yozuri F.Aku berjaya menaikkan 3 ekor PB dan Po-G juga sebanyak 3 ekor.
Yang syoknya guna Skitter Pop ni ialah bunyi letupan apabila kena baham dek PB.Satu letupan yang menggegar jantung.Best tuuu...






Sunday, October 14, 2012

Kolam Tengah

14/10/2012

Ahli komplot : Najib,Nan,Far Crew dan Su-are
Port : Kolam Tengah
Casting dan Bottom

Rutin biasa dilakukan di hujung minggu iaitu memancing.Kami bergerak pada pukul 3.30 petang.Sampai di port,cuaca agak panas dan air agak keruh.Hari ini kami masih lagi bottom sambil casting.Joran untuk bottom dilabuhkan terlebih dahulu dan seterusnya barulah dimulakan adegan casting.
Gewang permukaan banyak dipertaruhkan pada mulanya untuk memikat PB.Antaranya adalah Rapala Skitter Pop.Alhamdulillah ada juga PB yang berjaya didaratkan.

Untuk bottom pula,kami menggunakan umpan sawit peram dan dedak.Hasilnya pada hari ini Najib berjaya menaikkan Keli seberat dua kilogram berumpankan dedak dan Nan pula dengan Jelawat yang juga seberat dua kilogram berumpankan sawit peram.


Pada sebelah senjanya pula PB semakin galak membaham gewang.Antara yang didaratkan ialah dengan menggunakan gewang strike pro dan Duel.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...