.
.
.
.
.
.
.
.
.

Teman-teman yang disayangi

Wednesday, August 4, 2010

Gewang Pilihan


Gewang yang biasanya menjadi pilihan saya dan ahli Kuchams Team semasa sesi casting ikan air tawar adalah gewang "Top Water".Antaranya ialah jenis "Pencil bait".Gewang ini biasanya dipilih untuk memburu Peacock Bass,Toman dan Haruan.Gewang pencil bait seperti Megabass Dog X Jr,Owner Cultiva,Rapala Skitter Walk dan lain-lain selalu kami gunakan.Gewang ini digayakan dengan pelbagai teknik untuk menarik minat ikan.Teknik yang paling popular digayakan ialah teknik "Walk-The-Dog".


Teknik 'dog walk' atau 'anjing berjalan' efektif apabila ingin memburu ikan dengan lebih cepat,atau ingin melihat respon ikan di perairan terbuka,atau ketika terserempak ikan membuak di permukaan air.Teknik ini meniru 'aksi panik' ikan kecil,yang menjadi salah satu aksi paling disukai pemangsa.Selalunya gewang jenis pencil bait sesuai untuk teknik ini.Imejnya seakan aksi anjing yang diajak bersiar-siar.Apabila anjing bergerak ke kiri dan ke kanan semasa menarik tali penambatnya,pencil bait turut berkelakuan sedemikian di permukaan air.Jadi,bagaimana hendak membuatkan gewang berkelakuan sebegitu?

Ianya sangat senang.Hanya perlu berikan tegangan pada tali,kemudian longgarkan tegangan tersebut,itu sahaja.Pencil bait akan tersengguk-sengguk dari satu sudut ke sudut yang lain.Ulanglah operasi ini,dengan mudah pencil bait akan meluncur ke kiri dan kanan.Berilah aksi kepada joran untuk mengawal nada luncuran dan kelajuannya.Bergantung kepada situasi,jarak kelajuan dan luncuran perlu diubah dan harus cuba mencari aksi yang sewajarnya dengan cara itu.Kadangkala 'berhenti' seketika juga efektif,jadi berilah aksi berhenti atau pegun pada setiap beberapa aksi.Apabila memberi aksi 'dog walk' kepada gewang,riak kecil akan terhasil.

Sesetengah pemancing mengatakan bahawa kekunci paling penting untuk 'dog walk' ialah riak ini.Justeru itu,kita perlu cuba untuk memberi aksi 'gewang seakan menguak air'.Bentuk olak 'U' dan 'V' yang terhasil dari pencil bait berlainan memberi kesan yang berbeza terhadap ikan.
Gewang murah atau gewang kelas ekonomi juga tidak kami lupakan dalam misi casting kami.Tak semestinya gewang berjenama dan mahal sahaja yang menjadi 'killer',gewang murahan kami juga banyak yang menjadi 'killer' dalam memburu spesis ikan air tawar ini.

Sebenarnya kami masih lagi baru dalam dunia casting.Kami sentiasa mencari ilmu tentang casting melalui dari sifu-sifu yang telah lama bergiat dalam dunia casting,forum-forum memancing di internet dan juga melalui pembacaan di majalah Sirip dan Pancing.Kami harap kami dapat menambahkan lagi pengalaman memancing kami dengan kaedah casting ini dan di samping itu dapat juga kami menambah lebih ramai lagi kenalan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...