.
.
.
.
.
.
.
.
.

Teman-teman yang disayangi

Monday, July 15, 2013

Sepagi di hari ke 5 puasa

14/7/2013
 caster: Po-G & Far Crew

Persetujuan telah di buat antara aku dan Po-G untuk turun ke port Sebarau.Kami bergerak seawal jam 6.30 pagi tetapi agak kecewa apabila air tersangat keruh.
Perancangan ditukar dari memburu Sebarau ke memburu PB.Kami mencuba di lombong yang berdekatan dengan port Sebarau.Kelibat dua orang Haruan Hunter di lombong ini sedang memujuk Haruan.Sempat juga kami bertegur sapa dan bertanyakan hasil yang diperolehi.
Kami meneruskan pencarian PB dan Alhamdulillah,ada hasilnya.PB yang bersaiz juvenil cukup banyak di lombong ini.Gewang yang dilontar pasti bersambut.
Selepas jenuh melayan  baby PB,aku menukar pula gewang kepada katak plastik.Saje gatal tangan nk menduga Haruan.Hanya dua kali balingan,katak plastik di ngap oleh Haruan yang bersaiz sederhana.
Dalam perjalanan pulang,kami melalui satu sungai kecil.Kami berhenti dan cuba casting di sini.Aku mendapat strike dari seekor Sebarau di sini.

Monday, July 8, 2013

PB sebelum datangnya Ramadhan

6/7/2013 bersamaan 27 Syaaban 1434 H

Caster : Po-G >>> Rod Namesis+ Revo SX
             Najib >>> Rod Abu Garcia Sea Caster+Orra SX
             Far Crew >>> Rod Abu Garcia Bass Beat+Revo MGX


Alhamdulillah,banyak strike yang kami terima dan PB berjaya didaratkan untuk sesi bergambar dan dilepaskan balik.PB bersaiz sederhana dan juvenil galak menghentam gewang.Yang paling laku ialah Rapala X-Rap Countdown.

Untuk petang ini,Far Crew mendapat strike yang kasar dan ikan berjaya dihela naik tapi sayangnya video pertarungan dengan PB itu tidak dapat dirakam kerana Po-G
dan Najib berada jauh dari kedudukan.Setelah ditimbang berat PB tersebut,ia seberat 1.66kg.
Sudah lama tak merasa tarikan PB bersaiz begini.Ternyata puas hati setelah menang pertarungan dengannya.

Wednesday, July 3, 2013

PB lagi...hanya ini yang termampu

2/7/2013  
caster : Po-G & Far Crew

Pencarian PB di tempat baru diteruskan.Alhamdulillah ada hasilnya walaupun bersaiz juvenil.Di port baru ini juga hanya seekor PB seberat 800g yang berjaya didaratkan walaupun banyak kali rabut.Yang lain semua bersaiz kecil.Hanya ini yang termampu di port baru.Di port ini Rapala Xrap Countdown yang paling diminati oleh PB.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...