.
.
.
.
.
.
.
.
.

Teman-teman yang disayangi

Sunday, October 14, 2012

Kolam Tengah

14/10/2012

Ahli komplot : Najib,Nan,Far Crew dan Su-are
Port : Kolam Tengah
Casting dan Bottom

Rutin biasa dilakukan di hujung minggu iaitu memancing.Kami bergerak pada pukul 3.30 petang.Sampai di port,cuaca agak panas dan air agak keruh.Hari ini kami masih lagi bottom sambil casting.Joran untuk bottom dilabuhkan terlebih dahulu dan seterusnya barulah dimulakan adegan casting.
Gewang permukaan banyak dipertaruhkan pada mulanya untuk memikat PB.Antaranya adalah Rapala Skitter Pop.Alhamdulillah ada juga PB yang berjaya didaratkan.

Untuk bottom pula,kami menggunakan umpan sawit peram dan dedak.Hasilnya pada hari ini Najib berjaya menaikkan Keli seberat dua kilogram berumpankan dedak dan Nan pula dengan Jelawat yang juga seberat dua kilogram berumpankan sawit peram.


Pada sebelah senjanya pula PB semakin galak membaham gewang.Antara yang didaratkan ialah dengan menggunakan gewang strike pro dan Duel.



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...