.
.
.
.
.
.
.
.
.

Teman-teman yang disayangi

Monday, June 10, 2013

Lesen Bujuk dengan SP pinjam

6/6/2013
Lubuk Syurga Bujuk
Caster: Far Crew,Su-are,Syahrul Izwan(G.L.C) dan Mohd Hazwan(G.L.C)

Terlebih dahulu diucapkan terima kasih kepada Mohd Hazwan Ghazali,admin blog Gedebe Lure Caster(G.L.C) kerana telah membawa aku ke port syurga Bujuk dan terima kasih juga kepada Syahrul Izwan yang telah bagi pinjam SP untuk aku mendapatkan lesen Bujuk.
Alkisahnya aku mendapat panggilan telefon dari adik ipar aku,Su-are semasa aku bercuti di kampung yang mengatakan Syahrul Izwan iaitu kawan baiknya mengajak ke port Bujuk.Aku terus bersetuju kerana belum lagi ada lesen Bujuk.Setelah itu,aku terfikir dalam simpanan aku,SP tak ada.Macam mana nak layan Bujuk ni.Perancangan selepas itu ialah nak membeli SP di kedai pancing Pasir Mas tetapi terlupa la pulak.
Sesampai di port,aku menggunakan Storm Wildeye Live Shrimp.Satu strike diterima tetapi rabut.Seterusnya aku menggunakan Abu Garcia Active Spinner namun kes rabut terjadi lagi.Memang ternyata kurang pengalaman aku casting Bujuk ni.
Asyik Rabut jer.Syahrul Izwan menawarkan SP miliknya untuk aku cuba memujuk Bujuk.Ternyata memang SP menjadi kegilaan Bujuk di sini.Alhamdulillah,dapat jugak lesen Bujuk.
Harapan hati InsyaAllah di lain waktu dapat lagi berkomplot dengan otai Mohd Hazwan dan Syahrul Izwan.Harap-harap otai sudi.Terima kasih boh...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...