.
.
.
.
.
.
.
.
.

Teman-teman yang disayangi

Wednesday, December 1, 2010

Ikan Laga

Sekarang aku ada kat kampung,kat Kelantan tengah bercuti.Lepak-lepak ngan adik beradik kat ruang tamu sambil makan ubi keledek rebus,kena pulak air teh O panas.Pergh..sedap jugak.Di satu sudut aku ternampak ada ikan laga.Siapa punya ikan laga?Rupa-rupanya adik lelaki aku yang punya.Teringat masa aku kecik dulu,aku pun suka bela ikan laga ni tapi aku tak simpan kat dalam rumah takut mak aku marah.Jadi aku letak la kat tepi-tepi rumah.Siap ada yang kena curi lagi tu.Mesti keje member-member jugak tu.Al-maklumlah,masa kanak-kanak nakal lebih sikit.Oklah,ni serba sikit pasal ikan laga,aku pun bukan arif sangat pasal ikan laga ni.Ikan pelaga atau ikan laga mempunyai pelbagai jenis yang di tunjukkan melalui ekor, warna dan pelbagai ciri - ciri kecantikannya. Pakar pembiak ikan pelaga barat kini sudah membiak pelbagai jenis ikan pelaga misalnya butterfly , marble dan sebagainya. Ikan pelaga yang jenis halfmoon amatlah jarang ditemui di Malaysia , walau ianya ditemui , tetapi harganya amatlah mahal.Ikan Pelaga adalah salah satu dari ikan hiasan air tawar yang popular di Malaysia.
Ikan ini dikenali dengan nama sains, Beta splendens. Dalam Bahasa Inggeris, ikan ini disebut "siamese fighting fish". Ada banyak spesis ikan pelaga. Jenis tempatan tidak mempunyai sirip yang panjang. Jenis yang mempunyai sirip yang panjang berasal dari Sungai Mekong. Sebab itulah ikan ini dikenali sebagai “Sekilau Siam” atau “Siamese fighting fish’. Di sekitar Sungai Mekong ikan ini dikenali sebagai pla-kad atau pla-kat yang bermaksud ikan menggigit dalam Bahasa Siam.
Jangan salah tanggapan bahawa nama saintifiknya berasal dari perkataan Yunani ‘Beta’. Sebenarnya Betta bukan berasal dari perkataan Yunani. Ia sebenarnya berasal dari perkataan ‘Ikan bettah’. Ikan pelaga mempunyai panjang kira-kira 6 cm. Ada juga jenis yang mencapai sehingga 8.0 cm. Akhir-akhir ini, ada juga pembiak yang berjaya menghasilkan ikan yang melebihi 8 cm. Walaupun ikan pelaga dikenali dengan warna yang pelbagai dengan sirip yang panjang, jenis asal mempunyai sirip yang pendek dengan warna yang kurang terang, iaitu kehijauan dan perang tua. Ikan pelaga dari jenis ini masih boleh ditemui dalam paya di sekitar Malaysia. Kini jenis yang lebih popular mempunyai warna yang terang dengan sirip yang panjang. Jenis yang popular ialah veiltail, delta, superdelta, dan halfmoon. Ikan pelaga adalah ahli kumpulan ikan sepat (Gourami) (keluarga Osphronemidae) dalam order Perciformes. Sebelum ini ia diklaskan bersama Anabantidae. Ada lebih dari 50 jenis betta yang lain, misalnya ikan Karim.
Bagaimanapun, Betta splendens adalah jenis yang paling popular di kalangan penggemar ikan hiasan.
Aku agak ramai rakan-rakan semua yang mempunyai hobi membela ikan pelaga ini.Apapun yang kita jadikan hobi,teruskan dan jangan peduli apa orang nak kata tapi janganlah pulak hobi-hobi yang mengundang kesusahan kepada orang lain.

15 comments:

Unknown said...

suka gila ikan laga..dulu bela sekor, pastu hilang...jgn tnya mcm mna ilang..hahaha

Ainismaira said...

cantik.. sy bela ikan laga 4 ekor.. tp sekor dah mati.. T_T

Noor Fatin said...

cantiknya ikan laga tu..

diriku said...

oo..ore kelate ko?salam perkenalan..mulp pero jugok ike ni..loni malas dh..ha2..nice info =]

Kuchams Team said...

ore klate la..lama dh tak pero ike karim nih

azi nur said...

menariknye....

CaDLyNN said...

erk..cantiknya ikan2 ni..teringat zaman kecik2 dulu suke duk main kt sg depan umah tangkap ikan laga ni buat collection~

Ben Safwan said...

Ikan laga..hobi saya sedari kecil membela ikan ni..tapi sekrang tak sempat nak jaga..kerja2..hehe..
igt lepas ni saya nak bela balik..

dlu ikan saya nmpk sangat mandom..

cik FIFFY said...

kat umah ade dua ekor ikan laga. hihi

Anonymous said...

still searching tak thu ape name spisis die,tp kale putih merah biru -_____-' oh ikan lage !

dlu ade bela,dr pasu bunge tukar msk dlm botol.alih alih tengok dh bersemut api.myb kurang ruang untk bernafas.

❤Nadhratul Basyirah Amirudin❤ said...

nad pon der bele..tpi mati dah..tk tau nape puncenye..tpi suke tgk..ilang tensyen :)

SURviVAL said...

cantiknya ikan laga ni..boleh hilangkan tension bila tgk..huhu

Unknown said...

Mira

Unknown said...

Nak

Unknown said...

Nak beli

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...