Sempena kedatangan adik ipar aku ke Perak,aku bawak la dia gi jalan-jalan cari ikan.Dia biasanya kalau mancing layan bottom je.Tapi ari ni,dia terpaksa ikut rentak aku layan casting.Aku,Po-G dan adik ipar aku menuju ke satu port yang belum kami cuba lagi.Port ni hanya di tepi jalan raya iaitu jalan raya Batu Gajah ke Lumut.Aku pun tak tau apa ikan yang ada kat lombong tu.main redah je.Ikan target kami macam biasa la,semestinya Peacock Bass(PB).Kami sampai kat tempat ni pun dah pukul 5.30,maknanya kami tak punya masa yang panjang untuk casting.Kami kena berhenti sebelum Maghrib.Ye la,takkan Maghrib-maghrib pun dok gila casting lagi.Casting-casting jugak,suruhan Yang Esa kena tunaikan.Betul tak? Cast punya cast sampai naik lenguh tangan,tak ada satu sambaran pun dari PB.Yang ikut gewang adalah tapi PB yang saiz juvenil je.Aku tengok adik ipar aku pun dah termenung sambil hisap rokok,buntu PB tak baham gewang.Nak kata tak de PB dalam lombong ni tak leh jugak sebab memang nampak PB frenzy kat tengah-tengah lombong.Tak de rezeki gamaknya hari ni.Tiba-tiba bunyi dentuman dari air disertai jeritan dari Po-G "tak lekat la pulak".Aku agak bagak juga saiz ikan tu.Mugkin itu haruan sebab Po-G guna katak plastik setelah boring tak de sambaran dari PB.Selang beberapa minit selepas itu di satu sudut yang lain aku tengok Po-G sedang bergasak dengan sang ikan.Setelah itu seekor Channa Striatus(Haruan) berjaya di daratkan."Yes,Aku tak kumpau ari ni",jerit Po-G sambil tersengih-sengih.Perli aku la tu.he..he..he..Hanya itu saja hasil kami pada petang itu.
2 comments:
haruan goreng garing2 sodappp!!:D
jemur wat ikan kering pon sodap jgk..
Post a Comment