.
.
.
.
.
.
.
.
.

Teman-teman yang disayangi

Sunday, November 18, 2012

Sebarau Hujung Minggu

18/11/2012
pemancing: Po-G,Su-are dan Far Crew
Tempat : Sungai Kampar dan sekitar Gopeng,Perak.

Bergerak ke Sungai Kampar agak lewat iaitu sekitar pukul 10.00 pagi.Sampai di sana air pula kurang cantik,namun kami tetap meneruskan aktiviti.Hanya seekor baby Sebarau yang berjaya didaratkan oleh Po-G di Sungai Kampar.
Selepas tiada lagi sambaran di Sungai Kampar,kami beralih ke lokasi seterusnya di sekitar Gopeng.Alhamdulillah ada jugak hasilnya walaupun saiznya tidak sebesar mana.Lima ekor Sebarau dan seekor PB berjaya berjaya didaratkan.InsyaAllah kami akan meneroka lagi lubuk-lubuk baru Sebarau di sekitar Gopeng.


Friday, November 2, 2012

Aktiviti selepas raya

Selepas Hari Raya Aidiladha,aktiviti memancing diteruskan.Target kami ialah Sebarau di sekitar Gopeng,Perak.Ternyata hujan lebat dan air sungai yang naik memberikan kami peluang untuk memburu Sebarau.Walaupun saiz tidak sebesar mana,namun kami tetap puas dapat melayan tarikan Sebarau.Tahniah kepada Hanan kerana telah mendapat lesen Sebarau dan kepada Apit kerana mendapat lesen Baung.

28/10/2012
Pemancing : Far Crew,Najib,Su-are dan Farid
Hasil keseluruhan : 6 ekor Sebarau





29/10/2012
Pemancing : Najib,Far Crew dan Su-are
Hasil keseluruhan : 2 ekor Sebarau dan seekor PB





30/10/2012
Pemancing: Su-are,Hanan,Najib,Far Crew dan Kechik
Hasil keseluruhan : 5 ekor sebarau



31/10/2012
pemancing: Apit,Najib dan Far Crew
Hasil keseluruhan : seekor Sebarau,seekor PB dan seekor Baung



01/11/2012
Pemancing : Hanan,Far Crew,Su-are,Najib dan Kechik
Hasil keseluruhan : 11 ekor sebarau











Tuesday, October 16, 2012

Skitter Pop vs Yozuri F

16/10/2012

Pemancing: Far Crew,Po-G dan Najib
Port: Kolam Tengah

Hari ini aku pertaruhkan gewang Rapala Skitter Pop untuk memikat Peacock Bass(PB) manakala Po-G mempertaruhkan gewang  Yozuri F.Najib pula sibuk melayan bottom dan sempat sekali sekala casting.Ternyata Skitter Pop berjaya menambat hati PB dan begitu juga dengan Yozuri F.Aku berjaya menaikkan 3 ekor PB dan Po-G juga sebanyak 3 ekor.
Yang syoknya guna Skitter Pop ni ialah bunyi letupan apabila kena baham dek PB.Satu letupan yang menggegar jantung.Best tuuu...






Sunday, October 14, 2012

Kolam Tengah

14/10/2012

Ahli komplot : Najib,Nan,Far Crew dan Su-are
Port : Kolam Tengah
Casting dan Bottom

Rutin biasa dilakukan di hujung minggu iaitu memancing.Kami bergerak pada pukul 3.30 petang.Sampai di port,cuaca agak panas dan air agak keruh.Hari ini kami masih lagi bottom sambil casting.Joran untuk bottom dilabuhkan terlebih dahulu dan seterusnya barulah dimulakan adegan casting.
Gewang permukaan banyak dipertaruhkan pada mulanya untuk memikat PB.Antaranya adalah Rapala Skitter Pop.Alhamdulillah ada juga PB yang berjaya didaratkan.

Untuk bottom pula,kami menggunakan umpan sawit peram dan dedak.Hasilnya pada hari ini Najib berjaya menaikkan Keli seberat dua kilogram berumpankan dedak dan Nan pula dengan Jelawat yang juga seberat dua kilogram berumpankan sawit peram.


Pada sebelah senjanya pula PB semakin galak membaham gewang.Antara yang didaratkan ialah dengan menggunakan gewang strike pro dan Duel.



Hujan Rahmat

13/10/2012

Ahli komplot: Far Crew,Nan,Su-are dan Najib.
Port: Kolam Tengah
Casting dan Bottom

Berkumpul seawal pukul 12 tegah hari untuk ke port namun hujan turun dengan lebat.Menunggu sehingga pukul 3.30 petang dan hujan masih lagi tidak berhenti.Perbincangan dibuat dan kami bersetuju untuk meredah hujan.
Sampai di port,hujan masih lagi tak berhenti.Air sedikit naik.PB kelihatan rancak mengejar anak-anak ikan di tengah lombong.Kami menyiapkan dahulu peralatan untuk bottom dengan berumpankan dedak,roti dan sawit.Setelah umpan bottom siap dibaling kami pun memulakan casting.
PB pertama berjaya didaratkan oleh Nan dan diikuti oleh aku dan Su-are.Najib belum lagi mendapat PB kerana tak menang tangan melayan tarikan Rohu yang memakan umpan joran bottomnya.Aku pun berjaya jugak menaikkan Rohu dengan menggunakan umpan roti.Hanya beberapa ekor Rohu diambil dan selebihnya dilepaskan balik.
Semasa kami berkemas untuk pulang,joran bottom Su-are yang berumpankan sawit ditarik ikan.Memang jelawat kat sini time nak balik baru nak makan umpan.Jelawat seberat 4 kilo berjaya dinaikkan.Setelah selesai sesi bergambar kami pun pulang.Casting dan bottom,kedua-duanya berjaya pada hari ini.





Tuesday, October 9, 2012

Casting & Bottom

09/10/2012

Ahli Komplot: Far Crew,Po-G,Nan,Su-are dan Kechik
Port: Kolam Tengah

Sampai ke destinasi pukul 5 petang.Po-G dan Su-are menyediakan 2 joran untuk bottom.Satu berumpankan sawit peram,satu lagi berumpankan dedak.Kata Po-G,sambil casting sambil bottom.Setelah umpan untuk bottom di baling,kami memulakan acara casting.Aku mendahului dengan menaikkan seekor haruan dengan menggunakan Rapala Countdown.Selepas itu Nan juga berjaya menaikkan seekor haruan diikuti seekor PB oleh Po-G juga menggunakan Rapala Countdown.Joran bottom yang berumpankan dedak tiba-tiba melentuk.Nan  yang kebetulan casting berdekatan terus merentap joran dan ikan membuat larian.Seterusnya Po-G menyambung aksi dari Nan dan berjaya menaikkan Rohu seberat 2kg.Semasa berkemas untuk pulang,joran bottom yang berumpankan sawit pula ditarik ikan dan Jelawat seberat 1.5kg berjaya didaratkan oleh Su-are.

Hasil Casting: 2 PB,2 Haruan
Hasil Bottom : 1 Jelawat,1 Rohu







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...