.
.
.
.
.
.
.
.
.

Teman-teman yang disayangi

Wednesday, August 4, 2010

Gewang Pilihan


Gewang yang biasanya menjadi pilihan saya dan ahli Kuchams Team semasa sesi casting ikan air tawar adalah gewang "Top Water".Antaranya ialah jenis "Pencil bait".Gewang ini biasanya dipilih untuk memburu Peacock Bass,Toman dan Haruan.Gewang pencil bait seperti Megabass Dog X Jr,Owner Cultiva,Rapala Skitter Walk dan lain-lain selalu kami gunakan.Gewang ini digayakan dengan pelbagai teknik untuk menarik minat ikan.Teknik yang paling popular digayakan ialah teknik "Walk-The-Dog".


Teknik 'dog walk' atau 'anjing berjalan' efektif apabila ingin memburu ikan dengan lebih cepat,atau ingin melihat respon ikan di perairan terbuka,atau ketika terserempak ikan membuak di permukaan air.Teknik ini meniru 'aksi panik' ikan kecil,yang menjadi salah satu aksi paling disukai pemangsa.Selalunya gewang jenis pencil bait sesuai untuk teknik ini.Imejnya seakan aksi anjing yang diajak bersiar-siar.Apabila anjing bergerak ke kiri dan ke kanan semasa menarik tali penambatnya,pencil bait turut berkelakuan sedemikian di permukaan air.Jadi,bagaimana hendak membuatkan gewang berkelakuan sebegitu?

Ianya sangat senang.Hanya perlu berikan tegangan pada tali,kemudian longgarkan tegangan tersebut,itu sahaja.Pencil bait akan tersengguk-sengguk dari satu sudut ke sudut yang lain.Ulanglah operasi ini,dengan mudah pencil bait akan meluncur ke kiri dan kanan.Berilah aksi kepada joran untuk mengawal nada luncuran dan kelajuannya.Bergantung kepada situasi,jarak kelajuan dan luncuran perlu diubah dan harus cuba mencari aksi yang sewajarnya dengan cara itu.Kadangkala 'berhenti' seketika juga efektif,jadi berilah aksi berhenti atau pegun pada setiap beberapa aksi.Apabila memberi aksi 'dog walk' kepada gewang,riak kecil akan terhasil.

Sesetengah pemancing mengatakan bahawa kekunci paling penting untuk 'dog walk' ialah riak ini.Justeru itu,kita perlu cuba untuk memberi aksi 'gewang seakan menguak air'.Bentuk olak 'U' dan 'V' yang terhasil dari pencil bait berlainan memberi kesan yang berbeza terhadap ikan.
Gewang murah atau gewang kelas ekonomi juga tidak kami lupakan dalam misi casting kami.Tak semestinya gewang berjenama dan mahal sahaja yang menjadi 'killer',gewang murahan kami juga banyak yang menjadi 'killer' dalam memburu spesis ikan air tawar ini.

Sebenarnya kami masih lagi baru dalam dunia casting.Kami sentiasa mencari ilmu tentang casting melalui dari sifu-sifu yang telah lama bergiat dalam dunia casting,forum-forum memancing di internet dan juga melalui pembacaan di majalah Sirip dan Pancing.Kami harap kami dapat menambahkan lagi pengalaman memancing kami dengan kaedah casting ini dan di samping itu dapat juga kami menambah lebih ramai lagi kenalan.

Tuesday, May 4, 2010

Lubuk Kerengga

Aku dan Po-g berkomplot untuk memburu haruan setelah geng kuchams team yang lain sibuk dengan hal masing-masing.Dua orang pun jadi lah.port yang kami terjah ni bukan port yang selalu kami kunjungi.Sebenarnya port ini secara kebetulan terjumpa semasa mencari port yang diberitahu oleh orang kampung.Tengok tempat cantik,lalu aku dan Po-g pun menduga port ni.Port ini kami namakan Lubuk Kerengga kerana terdapat banyak kerengga.Sambil casting sambil berperang ngan kerengga.Po-g mempertaruhkan rod Abu garcia Ultra cast OZ dan reel banax,sementara aku pula mempertaruhkan BC Black Max dan rod barkley cherrywood..spinning vs BC.hasil yang kami dapat di lubuk ini agak memberangsangkan.Antara foto-foto yang sempat di ambil menggunakan telefon murahku:


Friday, April 16, 2010

Ekplorasi Toman

Setelah lama tak layan PB dan haruan di sebabkan oleh sebab-sebab tertentu,geng kuchams team iaitu Eruez,Po-g dan Remy mengambil kata sepakat untuk memburu toman.Tempatnya ialah di satu 'port' yang diperkenalkan oleh Eruez dan Po-g.Dua tiga kali juga kami ke 'port' tersebut tetapi hanya anak-anak toman dan toman remaja yang berjaya dinaikkan.


baby toman


toman remaja

Pada 15/4/2010 kami sekali lagi berkunjung ke 'port' tersebut.pada kali ini kunjungan kami tak sia-sia kerana berjaya menaikkan toman seberat 6 kilo.'Catch n Release' kami lakukan pada toman tersebut setelah melakukan sesi fotografi.

Catch n Release

Thursday, April 1, 2010

Lesen pertama casting sebarau...

Sebarau?...payah betul aku nak dapat ikan ni menggunakan teknik casting,tambahan pula aku tak ada geng yang ada port sebarau yang best2.Jadi,terpaksalah aku explore mencari port sebarau ni di kawasan yang terdekat sahaja.Pada petang 30/3/2010,aku ngan Po-G turun ke Kota Bharu untuk casting PB..namun setelah lenguh tangan casting seekor pun PB tidak sudi mengekah gewang yang dipersembahkan..Masa yang kami ambil untuk casting pun tidak lama kerana kami sampai di port pun dah pukul 6.30 petang.

Port PB


Hanya anak Toman dinaikkan di Port PB


Dalam pukul 7 lebih kami pun mengalah kerana hari semakin gelap.Kami pun berkemas dan bertolak pulang.Dalam perjalanan pulang kami melalui satu anak sungai yang kecik.Air di anak sungai pada masa itu agak besar kerana hujan lebat pada tengah hari tersebut.Terdetik hati seketika untuk berhenti menduga adakah ikan yang sudi mengekah gewang di port ini.Lalu aku pun lontarkan spoon(lupa dah apa jenamanya) ke arah spot yang boleh dikatakan menarik.Baru dua kali karauan,spoon dikekah dan dilarikan.Joran Abu Garcia Ultra Cast II diberi tekanan oleh ikan.Di fikiran aku,bermain jenis ikan apakah yang sedang cuba melepaskan diri itu.Mungkinkah PB atau haruan?.Setelah ikan hampir sampai ke tebing,aku masih lagi tidak mengetahui apakah jenis ikan yang mengena kerana hari sudah gelap.Setelah dinaikkan barulah aku dapat mengenal pasti ikan tersebut dan ia adalah seekor sebarau.Walaupun saiznya tidaklah besar,namun aku melonjak kegembiraan kerana ini adalah lesen pertama aku casting sebarau.


Lesen pertama casting sebarau...

Aku berharap agar dilain masa aku akan berpeluang menduga sebarau yang lebih bagak lagi..

Sunday, February 28, 2010

Santai di Coral Fishing Resort,Lumut.

Alhamdulillah,setelah pelbagai masalah yang dilalui antaranya untuk tempahan resort yang diuruskan oleh pengurusan baru serta harga baru bagi resort untuk tahun 2010,warga Kuchams Team telah bersantai sambil memancing di Coral Fishing Resort,Lumut..Aktiviti kali ini disertai oleh Far Crew sekeluarga,Zam sekeluarga,Izal sekeluarga,Remy,Meor,Epy,Po-g,Baba dan Kimi.Aktiviti ini lebih kepada santai bersama keluarga dan ahli-ahli Kuchams Team.walaupun lebih kepada santai,aktiviti memancing tetap tidak dilupakan.Kami tiba di sana pada pukul 3 petang.Setelah daftar masuk,kami turunkan alatan gerak gempur kami iaitu alat-alat pancing kami dan barang-barang yang di bawa.Umpan yang kami bawa untuk memancing kat sini ialah udang pasar,udang hidup dan sotong.
Resort di Coral Fishing Resort,Lumut ini betul-betul berhadapan dengan laut dan disediakan pelantar untuk memancing.Ini memudahkan lagi aktiviti memancing kami sambil melepak bersama.Hasil pertama kami pada hari itu ialah senangin seberat 2 kg dengan berumpankan udang hidup.

Pada sebelah malamnya,kami melepak-lepak sambil BBQ ayam bakar.Sambil memancing boleh makan ayam bakar.Tak gitu?ikan tak makan,kami yang kenyang.Pada sebelah malam,ikan kurang menjamah umpan sehingga pada tengah malam barulah kembali rancak.Zam berjaya menaikkan beberapa ekor ikan tetanda dan seekor ikan yu.Po-g dan Remy dengan kerapunya.Pada awl paginya pula,kami dikejutkan dengan adegan joran melambung masuk ke laut.Ikan yang melakukan angkara itu tidak dapat dipastikan spesisnya.
Walaupun hasilnya tak berapa lumayan,kami tetap berpuas hati kerana dapat bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan.......

Monday, February 8, 2010

Trip jalan-jalan.


Pada 7/2/2010,geng Kuchams Team telah bersetuju untuk memancing di Sungai Galah.Ikan target kali ini adalah ikan Jelawat menggunakan teknik bottom berumpankan hirisan sawit.Kami berkumpul di Lawan Kuda dan bertolak ke Sg Galah seawal jam 6.30 pagi.Seramai enam orang menyertai trip ini iaitu eruez,remy,po-g,syaifur,nizam dan kimi.Trip ini menjadi trip yang kumpau kerana tiada hasil yang berjaya dinaikkan walaupun ada beberapa strike.Mungkin faktor air yang menjadi ikan kurang aktif menyambar umpan.Padahal sebelum ini aku dan po-g pernah mendaratkan jelawat yang bagak juga di port yang sama pada trip survey.Walaupun tak berjaya kali ini,kami merancang untuk menduga lagi port ini.Trip ini kami anggap sebagai trip jalan-jalan sambil meninjau port-port baru yang berpotensi.


Jalan menuju port


Ketibaan gerombolan Kuchams Team


Port yang menarik


isi tank dulu..he5


Antara hasil pada Trip Survey

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...