.
.
.
.
.
.
.
.
.

Teman-teman yang disayangi

Sunday, February 28, 2010

Santai di Coral Fishing Resort,Lumut.

Alhamdulillah,setelah pelbagai masalah yang dilalui antaranya untuk tempahan resort yang diuruskan oleh pengurusan baru serta harga baru bagi resort untuk tahun 2010,warga Kuchams Team telah bersantai sambil memancing di Coral Fishing Resort,Lumut..Aktiviti kali ini disertai oleh Far Crew sekeluarga,Zam sekeluarga,Izal sekeluarga,Remy,Meor,Epy,Po-g,Baba dan Kimi.Aktiviti ini lebih kepada santai bersama keluarga dan ahli-ahli Kuchams Team.walaupun lebih kepada santai,aktiviti memancing tetap tidak dilupakan.Kami tiba di sana pada pukul 3 petang.Setelah daftar masuk,kami turunkan alatan gerak gempur kami iaitu alat-alat pancing kami dan barang-barang yang di bawa.Umpan yang kami bawa untuk memancing kat sini ialah udang pasar,udang hidup dan sotong.
Resort di Coral Fishing Resort,Lumut ini betul-betul berhadapan dengan laut dan disediakan pelantar untuk memancing.Ini memudahkan lagi aktiviti memancing kami sambil melepak bersama.Hasil pertama kami pada hari itu ialah senangin seberat 2 kg dengan berumpankan udang hidup.

Pada sebelah malamnya,kami melepak-lepak sambil BBQ ayam bakar.Sambil memancing boleh makan ayam bakar.Tak gitu?ikan tak makan,kami yang kenyang.Pada sebelah malam,ikan kurang menjamah umpan sehingga pada tengah malam barulah kembali rancak.Zam berjaya menaikkan beberapa ekor ikan tetanda dan seekor ikan yu.Po-g dan Remy dengan kerapunya.Pada awl paginya pula,kami dikejutkan dengan adegan joran melambung masuk ke laut.Ikan yang melakukan angkara itu tidak dapat dipastikan spesisnya.
Walaupun hasilnya tak berapa lumayan,kami tetap berpuas hati kerana dapat bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan.......

5 comments:

Bdk Lepar said...

salam kucham team..sya ngan family ad nak datang cni utk smbut anniversary mak dan ayah mertua sya.ayah mertua sya ni kaki mancing jugak la.leh x nak no tepon chalet ni dan tempat beli udang idup. tolong ye kucham team... ni email sya leh -budaklepar86@gmail.com

Far Crew said...

Terima Kasih kerana sudi jenguk blog kami yang tak seberapa ni.nt sy akan emailkan tuan no tel chalet dan tempat beli udang idup.

Shanizan Izuan said...

Salam..leh saya tau no chalet mana yg tuan duk? Tgk mcm menjadi ja tempat tuh.kat mana leh dpt udang idup tuh? Leh tuan kongsikan...ni mail sy..shanizanizuan81@gmail.com

Dennis Ser said...

Salam team kucham .. Syok baca blog in. Saya akan berkunjung ke Coral Fishing Resort minggu depan .. Boleh dapatkan tempat beli udang hidup?? Email saya dennis.ser@hotmail.com .. Terima kasih banyak. :-)

Far Crew said...

Mnta maaf byk2 kpd yg bertanya..terlepas pandang komen ni..biasanya udang hidup kami beli di kg setiawan,lumut

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...