.
.
.
.
.
.
.
.
.

Teman-teman yang disayangi

Sunday, February 28, 2010

Santai di Coral Fishing Resort,Lumut.

Alhamdulillah,setelah pelbagai masalah yang dilalui antaranya untuk tempahan resort yang diuruskan oleh pengurusan baru serta harga baru bagi resort untuk tahun 2010,warga Kuchams Team telah bersantai sambil memancing di Coral Fishing Resort,Lumut..Aktiviti kali ini disertai oleh Far Crew sekeluarga,Zam sekeluarga,Izal sekeluarga,Remy,Meor,Epy,Po-g,Baba dan Kimi.Aktiviti ini lebih kepada santai bersama keluarga dan ahli-ahli Kuchams Team.walaupun lebih kepada santai,aktiviti memancing tetap tidak dilupakan.Kami tiba di sana pada pukul 3 petang.Setelah daftar masuk,kami turunkan alatan gerak gempur kami iaitu alat-alat pancing kami dan barang-barang yang di bawa.Umpan yang kami bawa untuk memancing kat sini ialah udang pasar,udang hidup dan sotong.
Resort di Coral Fishing Resort,Lumut ini betul-betul berhadapan dengan laut dan disediakan pelantar untuk memancing.Ini memudahkan lagi aktiviti memancing kami sambil melepak bersama.Hasil pertama kami pada hari itu ialah senangin seberat 2 kg dengan berumpankan udang hidup.

Pada sebelah malamnya,kami melepak-lepak sambil BBQ ayam bakar.Sambil memancing boleh makan ayam bakar.Tak gitu?ikan tak makan,kami yang kenyang.Pada sebelah malam,ikan kurang menjamah umpan sehingga pada tengah malam barulah kembali rancak.Zam berjaya menaikkan beberapa ekor ikan tetanda dan seekor ikan yu.Po-g dan Remy dengan kerapunya.Pada awl paginya pula,kami dikejutkan dengan adegan joran melambung masuk ke laut.Ikan yang melakukan angkara itu tidak dapat dipastikan spesisnya.
Walaupun hasilnya tak berapa lumayan,kami tetap berpuas hati kerana dapat bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan.......

Monday, February 8, 2010

Trip jalan-jalan.


Pada 7/2/2010,geng Kuchams Team telah bersetuju untuk memancing di Sungai Galah.Ikan target kali ini adalah ikan Jelawat menggunakan teknik bottom berumpankan hirisan sawit.Kami berkumpul di Lawan Kuda dan bertolak ke Sg Galah seawal jam 6.30 pagi.Seramai enam orang menyertai trip ini iaitu eruez,remy,po-g,syaifur,nizam dan kimi.Trip ini menjadi trip yang kumpau kerana tiada hasil yang berjaya dinaikkan walaupun ada beberapa strike.Mungkin faktor air yang menjadi ikan kurang aktif menyambar umpan.Padahal sebelum ini aku dan po-g pernah mendaratkan jelawat yang bagak juga di port yang sama pada trip survey.Walaupun tak berjaya kali ini,kami merancang untuk menduga lagi port ini.Trip ini kami anggap sebagai trip jalan-jalan sambil meninjau port-port baru yang berpotensi.


Jalan menuju port


Ketibaan gerombolan Kuchams Team


Port yang menarik


isi tank dulu..he5


Antara hasil pada Trip Survey

Friday, January 22, 2010

penawar rindu...


Penawar rindu?hee..hee..Sebenarnya dh lama tak gi cast haruan ni..klu pegi pun yang dapat mesti berat tak sampai sekilo atau sekilo lbh skit je.Petang tu,tergerak hati nak gi cast haruan,aku pun ajak la si geng cast aku,si po-g.portnya tak la jauh cuma dalam ladang kelapa sawit belakang Matrikulasi Perak je...hari ni rezeki agak baik kerana aku berjaya cast seekor haruan seberat 2.5 kg.gumbira nyer teman hari ni...nanti nk komplot ngan geng2 kuchams team yang lain nk cast haruan kat sini.harap2 ada la lagi saiz yang bagak sebegini....

Tuesday, January 12, 2010

Saturday, October 31, 2009

Sensasi Casting Raja

Hujung minggu adalah masa yang sesuai untuk berkumpul bersama keluarga dan kawan-kawan.Ketika lepak-lepak di perkarangan rumah bersama dengan geng Kuchams Team,saya menyatakan sudah lama tidak memancing ikan Raja atau lebih di kenali sebagai Peacock Bass.Setelah berbincang,kami mengambil keputusan untuk meyambung aktiviti yang telah lama terbengkalai ini.Kami memutuskan untuk memburu PB di port yang baru dengan mempraktikkan teknik casting pada keesokan harinya.
Sekitar jam 6.30 pagi kami tiba di lokasi seperti yang di rancang.Berbekalkan gewang-gewang keluaran Rapala dan sedikit anak ikan emas sebagai umpanan sekiranya PB enggan meligan gewang.Misi ini disertai oleh saya(Eruez),Po-G dan Remy.Tak sampai setengah jam casting,saya dan rakan-rakan mendapat sambaran rakus dari PB.Ternyata banyak PB di port baru ini.Toman dan ikan jelawat juga berjaya didaratkan oleh kami.Misi kami berakhir sekitar jam 2 petang.Kami berpuas hati dengan hasil yang diperolehi pada hari itu.


ANTARA FOTO-FOTO HASIL PANCINGAN




Thursday, August 20, 2009

Tuesday, August 4, 2009

Komplot Si Sepit biru




Mat Eyl dan beberapa ahli kuchams Team telah melakukan gerak gempur memburu si sepit biru pada waktu malam.Bertolak dari rumah menuju ke lubuk yang telah ditentukan oleh Mat Eyl.Sebenarnya lubuk ini adalah di tali air berdekatan dengan rumah Mat Eyl.Mat Eyl menerima isyarat apabila hujung joran terangguk-angguk.Seekor udang galah bersaiz besar Berjaya dinaikkan.Sepitnya sekejap katup,sekejap terbuka cuba-cuba untuk mengepit.Saiz inilah yang menyebabkan mengapa pengail udang galah menjadi ketagih.Tiba-tiba kedengaran suara ahli kuchams Team yang lain menjerit “Si sepit Biru sudah mari”.masing-masing memfokuskan diri untuk mendaratkan si sepit biru ini.Pendek kata komplot memburu si sepit biru kali ini amat berjaya.Tahniah kepada Mat Eyl kerana telah menemukan lubuk-lubuk yang memang cun ini....



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...