.
.
.
.
.
.
.
.
.

Teman-teman yang disayangi

Wednesday, June 27, 2012

Trip Radio

Trip ni diadakan pada hujung Mei yang lepas.Lambat aku update sebab laptop ada masalah.Sekarang dah ok.Trip ni adalah trip bersama dengan geng Aeon,Pengkalan,Ipoh.Trip ini dinamakan trip radio kerana ada kisahnyer yang tersendiri.Nanti aku ceritakan jap lagi.
Trip ini disertai oleh Po-G,Remy dan aku(Far Crew) dari warga Kuchams Team manakala Meor Bluewave,Hasmadi,Rohaizat,Mior Cashier,Azman dan Arif pula dari Aeon,Pengkalan,Ipoh.Trip kali ini sebenarnya adalah ke Kelong Batu Undan.Kami masuk ke kelong pada malam lebih kurang pukul 10 malam dan keluar pada petang keesokan harinya.Pada malam itu kami melayan ikan Bulan dan juaranya ialah abang Hasmadi kita.
Berbalik kepada trip ini dinamakan trip radio adalah kerana salah seorang dalam trip ini telah digelar radio bergerak oleh empunya kelong iaitu Cikgu Kamarul.Sebabnya adalah kerana telatahnya yang bercakap tak berhenti-henti.Beliau adalah Meor Bluewave.Aku pun dipanggilnya dengan nama Martin dan Po-G pulak dengan nama Kenny.Pening-pening.hahahahahahhahaaa..Tapi dia ni seorang yang ringan tulang.Urusan masak memasak dia yang uruskan.Dia sertai trip ni pun bukan untuk memancing tetapi untuk suka-suka.
 Walaupun trip kali ini tidak menjanjikan hasil yang agak lumayan namun kami terhibur dan enjoy apatah lagi kami bawa bersama radio bergerak pada trip kali ini.hahahahhahahhahaaa












Thursday, April 19, 2012

Edisi Cuti Keputeraan Sultan Perak

Hari ni 19 April 2012,cuti sempena keputeraan Sultan Perak.Apa lagi,ada je cuti mesti nak pergi memancing.Niat di hati hari ni nak pergi dengan adik ipar je nak layan casting PB.Tapi isteri dan anak-anak nak follow jugak.Apalagi,satu keluarga la pergi hari ni.
Tempat yang dituju adalah port biasa yang selalu aku casting PB.Port ni adalah port kegemaran ahli Kuchams Team untuk casting PB.
Sampai ke port,aku dan adik ipar(Su-Are) tanpa berlengah terus memulakan acara casting.Sambaran awal aku terima tetapi rabut.Begitu juga dengan Su-Are yang rabut apabila PB membuat aksi akrobatik.Pada fikiran aku,nampaknya PB galak membaham gewang hari ni.Tapi selepas kes rabut tersebut,lenguh tangan casting tanpa sambaran sang PB.Isteri aku pulak sibuk jadi jurugambar dan melayan anak-anakku.Kalau dah rezeki,ada la jugak hasilnya.Sebelum balik,aku berjaya mendaratkan dua ekor PB.Seekor seberat sekilo dan seekor lagi seberat 500gram setelah ditimbang.Berjaya jugak aku mendaratkan PB hari ni.

Saturday, March 31, 2012

Trip Kelong Batu Undan,Lumut 2012


Ahli Kucham's Team yang join
>>Far Crew
>>> Po-G
>>>> Su-Are
>>>>> Najib
>>>>>> Epy
>>>>>>> Mat Eyl
>>>>>>>> Remy
>>>>>>>>> Ngah
>>>>>>>>>> Kimi


Trip ke kelong Batu Undan ini sebenarnya diadakan untuk meraikan kedatangan ahli Kuchams Team dari Kelantan iaitu Mat Eyl,Epy,Ngah dan Kimi.Kedatangan mereka sebenarnya adalah untuk memburu dan merasa tarikan Peacock Bass.Mereka ke Perak selama 3 hari.Jadi,kami merancang membawa mereka ke kelong pada 6 hingga 7 April 2012 iaitu masuk ke kelong pada petang Jumaat dan keluar pada petang Sabtu.Pada hari Ahad 8 April 2012 pula mereka dibawa ke port PB tanpa disertai oleh Po-G kerana mengalami kepenatan setelah balik dari kelong.Tak ada tenaga katanya..hehehehe.Alhamdulillah target mereka untuk merasa tarikan PB berjaya.Setiap dari mereka berjaya menaikkan PB walaupun ada yang bersaiz juvenil.Sebanyak 16 ekor PB berjaya didaratkan.Masing-masing berpuas hati dan merancang untuk datang lagi di lain hari.Makan Malam di atas kelong

Semasa di kelong pula,kami berpesta sembilang.Sebanyak 19 ekor sembilang berjaya didaratkan.Beberapa ekor kami jadikan santapan makan tengah hari di atas kelong.Resepinya ialah sembilang masak merah yang disediakan oleh Po-G.Hasil keseluruhan yang kami dapat di kelong Batu Undan,Lumut pada trip kali ini ialah 19 ekor sembilang,180 ekor gelama,8 ekor ketuka dan seekor ikan Bulan yang dinaikkan oleh Ngah.

Apapun saya mengucapkan terima kasih kepada warga Kuchams Team terutama yang dari Kelantan di atas komitmen masing-masing.Ternyata aktiviti seumpama ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara ahli Kuchams Team..Jumpa lagi....


Makan tengah hari


Monday, March 26, 2012

Bercuti di Marina Coral Fishing Resort,Lumut.


Setelah ramai yang menarik diri disebabkan urusan kerja,hanya tiga keluarga sahaja yang menyertainya pada kali ini.Tujuan utama kami ke sini adalah untuk memancing serta bersantai bersama keluarga dan warga Kuchams Team.Terima kasih kepada semua yang menyertainya.
Kami berkumpul di Gopeng dan bertolak ke Marina Coral Fishing Resort pada pukul 1 tengah hari.Kami singgah di Kampung Setiawan untuk mendapatkan umpan udang hidup.Kami tiba di Marina Coral Fishing Resort pada pukul 3 petang.Pada hari pertama hanya Ikan Tetanda dan kerapu saja yang menjamah umpan.Siakap?Sememangnya ada tetapi rabut di depan mata.Siakap yang diaggarkan berat melebihi 2 kilogram merentap joran Epy dan berjaya ditarik sampai ke tepi namun akibat kawasan yang berbatu dan tiada tangguk kerana tertinggal di rumah,Siakap itu tersenyum riang melepaskan diri setelah ia melakukan pecutan padu di saat akhir.Kecewa tidak terkira Epy dibuatnya.


Dah tiada rezeki nak buat macam mana.Pada malamnya,ikan langsung tidak mahu menjamah umpan.
Hanya getuan dari ikan-ikan kecil sahaja.Pada malam ini juga kami berBBQ.Ikan tak nak makan,jom kita pakat makan ramai-ramai.

Pada pagi esoknya,hanya beberapa ekor kerapu berjaya di naikkan dan Nizam mendahului carta dengan kerapunya pada trip kali ini.
Walaupun hasil pancingan kali ini tidak lumayan namun kami seronok dapat memancing bersama keluarga dan warga Kuchams Team.
InsyaAllah kami akan kembali lagi ke sini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...