.
.
.
.
.
.
.
.
.

Teman-teman yang disayangi

Monday, March 26, 2012

Bercuti di Marina Coral Fishing Resort,Lumut.


Setelah ramai yang menarik diri disebabkan urusan kerja,hanya tiga keluarga sahaja yang menyertainya pada kali ini.Tujuan utama kami ke sini adalah untuk memancing serta bersantai bersama keluarga dan warga Kuchams Team.Terima kasih kepada semua yang menyertainya.
Kami berkumpul di Gopeng dan bertolak ke Marina Coral Fishing Resort pada pukul 1 tengah hari.Kami singgah di Kampung Setiawan untuk mendapatkan umpan udang hidup.Kami tiba di Marina Coral Fishing Resort pada pukul 3 petang.Pada hari pertama hanya Ikan Tetanda dan kerapu saja yang menjamah umpan.Siakap?Sememangnya ada tetapi rabut di depan mata.Siakap yang diaggarkan berat melebihi 2 kilogram merentap joran Epy dan berjaya ditarik sampai ke tepi namun akibat kawasan yang berbatu dan tiada tangguk kerana tertinggal di rumah,Siakap itu tersenyum riang melepaskan diri setelah ia melakukan pecutan padu di saat akhir.Kecewa tidak terkira Epy dibuatnya.


Dah tiada rezeki nak buat macam mana.Pada malamnya,ikan langsung tidak mahu menjamah umpan.
Hanya getuan dari ikan-ikan kecil sahaja.Pada malam ini juga kami berBBQ.Ikan tak nak makan,jom kita pakat makan ramai-ramai.

Pada pagi esoknya,hanya beberapa ekor kerapu berjaya di naikkan dan Nizam mendahului carta dengan kerapunya pada trip kali ini.
Walaupun hasil pancingan kali ini tidak lumayan namun kami seronok dapat memancing bersama keluarga dan warga Kuchams Team.
InsyaAllah kami akan kembali lagi ke sini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...