.
.
.
.
.
.
.
.
.

Teman-teman yang disayangi

Thursday, February 21, 2013

Kena Main

21/2/2013

Caster: Far Crew & Najib
Tempat : Kota Bharu,Perak

Turun berdua menggunakan kereta kerana ketiadaan motor.Sudah pasti bila berkereta,port yang dekat dengan jalan sahaja yang dapat dituju.Aku menggunakan Abu Garcia MGX+Okuma Nemesis dan Najib menggunakan Ajiking Tournament Queen+Rod Ajiking.Di Port pertama tiada sambaran kami terima.Kemudian datang seorang pakcik memberitahu port itu baru lepas dijala.Patut la tak ada ikan.Dah kena jala rupanya.
Kami ke port yang kedua.Port ini terletak betul-betul di tepi jalan.Sambaran pertama aku terima dengan menggunakan Rapala Skitter Pop.Namun PB berjaya meloloskan diri.Tidak lama selepas itu aku skali lagi menerima sambaran PB tapi kali ini yang bersaiz agak besar.Kes rabut terjadi lagi walaupun PB tersebut sudah berada di gigi air.Dengan satu pecutan padu,PB berjaya melepaskan diri.
Setelah itu giliran Najib pula.Yozuri 3D Popper yang digunakan dihentam PB namun ikan tidak lekat.Aku pula sekali lagi strike dengan menggunakan Skitter Pop.Berdentum air dibuatnya.Seekor Toman telah membaham gewang dan melarikan diri ke arah reba.Kuat juga lariannya dan sekali lagi aku berputih mata apabila Toman itu berjaya menyelamatkan diri.Adoii..memang kena main la aku hari ini.
Sebelum balik,Najib berjaya juga menaikkan seekor Sebarau menggunakan gewang strike pro.Aku juga kumpau kena main ngan ikan hari ini.Aduyaiiiii....


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...