.
.
.
.
.
.
.
.
.

Teman-teman yang disayangi

Friday, July 20, 2012

Dua Hari sebelum datangnya Ramadan

Hari Khamis 19 Julai 2012 bersamaan 29 Syaaban 1433H,dua hari sebelum datangnya bulan yang mulia,aku dan Remy yang kebetulan cuti pada hari tersebut mengisi masa petang dengan aktiviti yang telah lama tergendala akibat dari kesibukan iaitu casting PB ( Peacock Bass) ataupun dikenali dengan nama Ikan Raja oleh penduduk tempatan.Port yang kami tuju semestilah port yang lazimya bagi kami iaitu di Kota Bharu,Perak.Sampai di tempat yang dituju,kelihatan air sedikit naik akibat dari hujan yang turun beberapa hari yang lalu.Tanpa membuang masa kami memulakan aktiviti kami dengan penuh semangat.Cast punya cast,spot bertukar spot namun satu sambaran pun tak ada.Tangan dah lenguh,badan dah berpeluh dan kulit pun rasa nak terbakar akibat cahaya matahari yang panas terik.Adakah hari ini hari yang kumpau lagi?
Setelah aku rasakan PB di port biasa kami ini dah sombong,aku mengajak Remy beralih arah ke port lain.Port mana seterusnya?Tanya Remy.Redah jer mana-mana pun jawab aku kepada Remy.Pusing punya pusing,terjumpa satu port yang nampak macam menarik.Ada pulak seorang caster berbangsa Cina tengah casting kat situ.Mesti ada PB kat sini ni,bisik hati aku.Lantas aku menyapa Caster itu"ada dpt ka tokey"?."Ada,kecik.dua jari saja" jawab dia.Aku pun pergi ke tempatnya dan bersembang denganya.Dia menggunakan SP(Soft Plastic) dan baru hari itu juga mencuba port ini.Sempat juga kami bertukar-tukar pendapat.Ternyata dia seorang yang peramah,boleh berkongsi idea dan semestinya kaki pancing.
Aku minta izin padanya untuk cast berdekatan dengannya.Percubaan pertama aku menggunakan Spoon Yozuri Altima di sambut oleh PB juvenil dan rabut di tengah jalan.Strike yang kedua agak kasar sedikit tapi akhirnya rabut di tepi gigi air sebelum sempat aku mendaratkannya.Setelah terasa bahang yang agak panas,aku dan Remy beralih ke hujung lombong yang dipenuhi pohon-pohon yang rimbun untuk berteduh dan casting di sana.Balingan pertama di spot ini yang juga masih menggunakan spoon yang sama di sambut baik oleh PB yang boleh tahan saiznya.Syok layan tarikannya namun kes rabut di gigi air terjadi lagi.Kecewa betul la aku.
Selepas itu aku menukar spoon ke gewang Hinomiya.Beberapa balingan di buat namun masih tidak ada sambaran.Tiba-tiba gewang direntap ganas dan aku melayan asakan PB dengan berhati-hati agar tidak rabut lagi.Alhamdulillah,akhirnya berjaya juga PB itu didaratkan.
Hasilnya pada hari itu,aku dapat seekor PB dan Remy dapat seekor juga.Kedua-duanya dengan menggunakan gewang Hinomiya.






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...