Setelah hasil agak kumpau pada edisi pertama ke lagun maut,aku dan Mat Eyl kembali lagi ke sana.Kali ini adik aku pun join sekali.katanya nak release tension selepas SPM.Rezeki kami pada kedatangan kali ini amat baik sekali.Kami bersyukur kepada Allah di atas segala pemberianNya.Mat Eyl mendahului dengan berjaya menaikkan siakap merah yang boleh tahan saiznya berumpankan udang hidup.Selepas itu aku pula diuji dengan siakap putih setelah ia melarikan umpan udang hidupku.Dengan aksi larian dan akrobatiknya membuatkan hati aku berdegup kencang.setelah tak sampai lima minit bertarung,seekor siakap seberat 4 kilo lebih berjaya didaratkan.
Selepas dari itu pancing aku disambar lagi oleh siakap yang bersaiz juvenil.Begitu juga Mat Eyl yang berjaya mendaratkan beberapa ekor siakap merah yang juga bersaiz juvenil dan seekor siakap putih.
Aksi rabut juga kerap berlaku pada aku dan Mat Eyl pada hari itu.Pada gaya ragutannya aku agak dari siakap putih.Keseluruhan hasil kami pada hari itu ialah 3 ekor siakap putih dan 3 ekor siakap merah.Ternyata aku memang seronok memancing di kampung semasa bercuti ini.
4 comments:
Bestnya dapat ikan...
Rezeki dari Allah..
salam...kat mane ni bro..sms sy lokasi 0125949342...tq
ni kat klantan bro..kat semerak,berhampiran ngan tok bali.
Post a Comment