.
.
.
.
.
.
.
.
.

Teman-teman yang disayangi

Wednesday, January 23, 2013

2013

Di saat pemancing-pemancing lain memaparkan hasil tangkapan pada awal 2013 di facebook dan blog,kami masih belum sempat turun untuk memancing kerana masing-masing sibuk dengan urusan yang perlu diselesaikan.Orang lain masuk 2013 dah berlambak dah dapat hasil tapi kami belum berkesempatan lagi.
Pada 22/1/2013 barulah ada kesempatan untuk turun ke padang pancing.Hanya aku dan Po-G turun pada kali ini.Kami sampai di destinasi pun selewat 6.30 petang.Kelewatan ini kerana Po-G baru habis kerja.Dia balik je kerja,terus kami gerak.Kami memilih port yang paling dekat kerana hari pun sudah lewat.
Sebenarnya sebelum bergerak,aku mencadangkan kepada Po-G supaya hanya membawa seketul gewang sahaja seorang.Baru boleh tengok gewang siapa yang killer.hehehehehe..Bagus jugak idea tu kata Po-G.
Sampai ke port pertarungan bermula antara aku dan Po-G bertaruhkan satu gewang sahaja.Aku menggunakan Rapala Skitter Pop dan Po-G menggunakan gewang Maria.Ternyata Po-G mendahului aku dengan menaikkan seekor PB.
Beberapa minit selepas itu aku pula membuktikan keberkesanan Skitter Pop dengan menaikkan seekor juga PB.
Selepas itu,Po-G berjaya mendaratkan seekor lagi PB sementara seekor lagi rabut di depan mata.
Alhamdulillah,ada jugak hasil permulaan 2013 bagi kami walaupun hanya sempat casting selama sejam sahaja.InsyaAllah kami akan tambahkan lagi hasil pancingan jika masa mengizinkan.

2 comments:

Annamariana1989 said...

bestnya.. malam ni anna pon nk g memancing ni..

Kuchams Team said...

Ana gi mncing kat mn?Semoga dapat hasil pancingan yang lumayan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...