.
.
.
.
.
.
.
.
.

Teman-teman yang disayangi

Saturday, January 22, 2011

Apa nak dikata

Lepas subuh esok kita gi casting nak?ajak aku kepada Po-g dan Remy.Kami kerja esok chor kata mereka berdua.Kalau pegi kejap boleh la,kami masuk keje pukul 2 tengah hari.Cantik,kul 5 kita gerak dari Gopeng.Tempat tujuan kami untuk casting kali ini ialah Lumut.Pukul 4.30 pagi aku dikejutkan oleh mesej Po-g supaya bersiap untuk bergerak ke Lumut.Setelah semuanya siap,aku terus menelefon Remy supaya bersiap.Setelah berpuluh kali menelefon barulah Remy menjawab panggilan.Namun apa yang tak syoknya ialah jawapan darinya yang menarik diri atas alasan ngantuk,letih dan nak hantar kakak pergi kerja.Hampeh betul la kau Remy.Malam tadi beria-ia nak pegi.Setelah perbincangan dibuat oleh aku dan Po-g,kami nekad meneruskan misi tanpa Remy.Perjalanan dari Gopeng ke Lumut memakan masa selama sejam.Kami sampai Ke Lumut lebih kurang pukul 6 pagi.Kami sempat solat Subuh berjemaah di Masjid Kampung Setiawan.Kami memulakan acara casting seawal 6.30 pagi.Dalam keheningan pagi,aku dikejutkan bunyi dentuman sang Barracuda ataupun dikenali ikan Alu-alu menyambar gewangku.Terus dilarikan gewang dan belum sempat aku bertarung sepenuhnya ikan berjaya meloloskan diri.Selang beberapa minit selepas itu,sekali lagi sang Barracuda melakukan perkara yang sama dan kali ni memang dekat dengan tebing.Terkejut aku dibuatnya.Namun yang kecewanya kes rabut berulang lagi.

port kes rabut en.Barracuda

Selepas itu aku hanya berjaya menaikkan seekor kerapu.ok la tu daripada kumpau terus..he..he..he..

Walaupun lenguh tangan casting,namun tiada lagi sambaran selepas itu melainkan sang Barracuda hanya mengikut gewang sahaja.Setelah penat casting kami juga sempat berehat sambil melihat gelagat dua orang pemancing yang sedang syok melayan ikan Tamok berumpankan roti.Banyak ekor jugak diaorang dapat.Kami bertolak balik ke Gopeng lebih kurang pukul 11 pagi.Apa yang terbuku di hati?Lain kali mesti repeat lg.

5 comments:

penyisir rambut said...

siyesly rindu kot nak mancing...
dulu mancing kat lombong chkat tualang je...
mancing gune buluh je...
kadang2 tu gune tin je..
gulung2 tali pancing kat tin tuh...

Kuchams Team said...

kat changkat tualang memang banyak port mancing...ada gak gi mancing ngan anak murid dan bapa2 mereka.

Ezzah Binti Samsudin said...

minat mancing ekk ?? .. sama macam ayah eza laaa... :)

69zgemilang said...

salam...kat mane ni bro..sms sy lokasi 0125949342...tq

Kuchams Team said...

ni kat lumut bro..tepi jalan masuk ke marina coral fishing

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...