.
.
.
.
.
.
.
.
.

Teman-teman yang disayangi

Sunday, June 14, 2009

Pelajar Baru Dunia Casting


Bila tiba cuti sekolah,inilah peluang nak memancing bersama geng kuchams team.Biasalah,aku mesti balik kampung punye.Kampung aku di Melor lebih kurang setengah jam dari Tok Bali,Klate.Rancang punya rancang cuti sekolah terus berjalan dan ada sekali dua aku pergi memancing di Tok Bali bersama Mat Eyl dan Eru..kami cuma berumpankan udang pasar yang dikopek.habuannya dapat la beberapa ekor pari daun dan gelama.Dek kerana sibuk dengan kenduri sana sini ,aktiviti memancing agak terbengkalai.
Pada pagi 12 jun 09,aku dan Mat Eyl turun ke Tok Bali.Rancangan kami pada hari itu adalah untuk casting.Harap-harap ada la ikan yang sudi mengekah gewang kami.kami memulakan casting pada pukul 6.30 pagi.slps 5 minit casting,gewang rapala taildancer disambar senangin...



puas jgk la hati sebab dpt jgk ikan dengan cara casting kerana sblm ini setiap kali blk kampung mesti tercari-cari tempat nk casting.hampir setengah jam kami casting,hasilnya dapat la 3 ekor senangin.Selepas itu aku dan Mat Eyl terus lagi casting.Alhamdulillah,si kerapu juga sudi mengekah gewang yang digayakan di dalam air….InsyaAllah,cuti sekolah yang akan datang,aku akan teruskan percubaan casting lg.maklumlah aku pn baru lagi blajar casting…..




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...