.
.
.
.
.
.
.
.
.

Teman-teman yang disayangi

Sunday, September 22, 2013

Casting Tengas

Pencarian Tengas dengan kaedah casting memang menyeronokkan dan memuaskan jika dapat mendaratkannye.Po-G, Najib dan aku melakukan pencarian di sungai kawasan gopeng yang bersambung dengan sungai Kampar.Alhamdulillah hasil yang memberangsangkan kami terima.

Monday, September 16, 2013

Monday, August 12, 2013

Kerapu Suasana Raya

10/8/2013(Raya ke 3)
 Caster: Far Crew,Fatah,Fikhri dan Mat Eyl
 Tempat: Kemasin,Kelantan.

Sampai di lokasi seawal jam tujuh pagi.Gewang yang akan digunakan adalah Rapala Countdown untuk melihat sejauh mana keberkesanannya pada Kerapu.Ternyata memang berkesan Rapala Countdown untuk menggoda Kerapu.

Monday, August 5, 2013

Bulan dan Kerapu

caster: Fatah
Lokasi: Pulau Pinang
21/7/2013




 Caster: Far Crew
 Lokasi: Tok Bali,Kelantan.
 2/8/2013


Thursday, August 1, 2013

Percubaan

28/7/2013
Caster: Far Crew dan Fatah
Tok Bali,Kelantan


Cuti sempena Nuzul Al-Quran dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk memancing.Sampai di Kelantan pada malam 25/7/2013.Pagi 26/7/2013 terus turun ke Tok Bali bersama Fatah yang juga cuti.Niat kami untuk mencuba teknik land base jigging.Kami langsung tak ada pengalaman main jig ni,hanya berpandukan artikel melalui majalah pancing.Tak apa,keinginan untuk belajar dan mencuba itu penting sebenarnya.Pada percubaan pertama ini kami gagal walaupun ada strike.
Pada 28/7/2013,kami berdua turun sekali lagi ke Tok Bali.Kali ini aku berjaya mendapatkan seekor baby kerapu dengan cara land base jigging.
Selepas itu,setelah beberapa kali balingan dibuat,jig tersangkut pada batu.Tarik punya tarik,putus la tali dan lebur lah jig tersebut.Aku mula menukar jig kepada Rapala Taildancer.Percubaan aku berjaya apabila seekor Siakap Merah menghentam gewang.
Setelah itu,aku menukar Rapala Taildancer kepada gewang Strike Pro.Alhamdulillah,dua ekor kerapu berjaya dijinakkan walaupun bersaiz sederhana.
InsyaAllah,cuti hari raya nanti aku akan turun lagi di Tok Bali.

Monday, July 15, 2013

Sepagi di hari ke 5 puasa

14/7/2013
 caster: Po-G & Far Crew

Persetujuan telah di buat antara aku dan Po-G untuk turun ke port Sebarau.Kami bergerak seawal jam 6.30 pagi tetapi agak kecewa apabila air tersangat keruh.
Perancangan ditukar dari memburu Sebarau ke memburu PB.Kami mencuba di lombong yang berdekatan dengan port Sebarau.Kelibat dua orang Haruan Hunter di lombong ini sedang memujuk Haruan.Sempat juga kami bertegur sapa dan bertanyakan hasil yang diperolehi.
Kami meneruskan pencarian PB dan Alhamdulillah,ada hasilnya.PB yang bersaiz juvenil cukup banyak di lombong ini.Gewang yang dilontar pasti bersambut.
Selepas jenuh melayan  baby PB,aku menukar pula gewang kepada katak plastik.Saje gatal tangan nk menduga Haruan.Hanya dua kali balingan,katak plastik di ngap oleh Haruan yang bersaiz sederhana.
Dalam perjalanan pulang,kami melalui satu sungai kecil.Kami berhenti dan cuba casting di sini.Aku mendapat strike dari seekor Sebarau di sini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...