.
.
.
.
.
.
.
.
.

Teman-teman yang disayangi

Wednesday, November 24, 2010

Adik,adik tetap di hati abah selamanya...


Salam untuk warga Kuchams Team dan semua..Maaf dipinta kerana lama menyepikan diri.Bukan kerana sibuk dengan urusan kerja tetapi diri ini sedang diuji oleh Yang Maha Esa.Anak kesayanganku Mohd Ihtisyam Izz telah kembali ke rahmatullah pada 21/11/2010 pada jam 8 pagi.Allah lebih menyayanginya dari kami semua.(Adik,adik tetap di hati abah selamanya).Ya Allah,tabahkan hati hambaMu ini.Hanya 30 hari dia di dunia ini,namun cukup memberi kesan kepada diriku.Tambahan pula dia adalah anak lelaki pertamaku .Setiap hari dua tiga kali aku berulang alik ke hospital untuk melawat dan menatap wajahnya.Mohd Ihtisyam Izz dilahirkan pra matang dan hanya seberat 800 gram.Dia bertarung nyawa selama 30 hari di NICU sebelum pergi untuk selamanya.Anakku yang sulung,Eisya selalu bertanya padaku "abah,bila adik nak keluar dari hospital?kakak nak ajak abah beli baju untuk adik.Kakak nak bagi baju kakak tak boleh sebab kakak perempuan".Begitu sayang sekali dia pada adiknya namun Allah lebih menyayanginya.Pada hari pengebumian,dialah yang paling banyak menitiskan air mata sehinggakan orang lain turut sebak sama.Kepada semua kawan-kawan yang mengucapkan takziah dan yang datang melawat aku ucapkan terima kasih banyak-banyak.

Sunday, November 7, 2010

SAHABAT


Dok layan citer Do Re Mi kat Astro Prima sambil tengok gambar lama yang diambil bersama sahabat.Teringat pada sahabat yang telah lama tak jumpa.Agaknya kalau tak ada sahabat mungkin tak bermakna jugak hidup kita ni.Kadang-kadang bila dikenang,macam-macam perangai sahabat kita dari kecil hingga sekarang.Kenangan bersama sahabat tak akan dapat kita lupakan.Ada saat terindah yang akan dikenang sampai bila-bila.Namun ada juga saat duka,sakit hati,marah dengan sahabat kita.Betul tak?Tak pelah,anggap sajalah saat itu Allah ingin menguji ikatan persahabatan kita.Tak kiralah sahabat sekolah,sahabat tempat kerja,sahabat kelab kereta,sahabat kaki pancing,sahabat fb,sahabat blogger dan lain-lain juga punya perasaan macam kita.Jangan biarkan mereka tersinggung dek tuturkata,perbuatan atau gurauan melampau kita.Lapangkan hati dan maafkanlah sahabat-sahabat kita.InsyaAllah,bila kita memaafkan orang lain,orang lain juga akan sentiasa memaafkan kita.Berbuat baiklah pada sahabat kita dan sahabat kita akan melakukan perkara yang sama juga pada kita.Buat semua sahabat-sahabatku,kalian semua penambah seri liku-liku hidupku.Tanpa kalian seperti aku makan nasi tanpa kuah.he..he..he..Semoga Allah panjangkan umur semua sahabatku.Amiin..

Friday, November 5, 2010

Singgah jap.....


Balik dari Hospital Ipoh,aku dan Po-G singgah jap di lombong yang selalu kami casting PB(Peacock Bass).Disebabkan kami datang menaiki kereta,kami terpaksa berjalan untuk sampai ke tempat tersebut.Biasanya kami datang menaiki motor.Penat jugaklah berjalan nak sampai ke spot menarik yang biasanya kami selalu strike.Sampai ke spot tersebut,aku ngan Po-G pun memulakan sesi casting.

Setelah lebih sejam casting,tiada sebarang strike diterima.Mungkin ari ni PB jual mahal kot tak nak kekah gewang.Sekumpulan kaki bottom telah tiba ke tempat kami casting.Kami bagi mereka semua layan bottom sambil kami berehat dan snap beberapa gambar.

Sejam lebih mereka membottom masih juga tidak dapat menaikkan PB.Hanya Talapia yang membedal umpan anak ikan mereka.

Sah PB jual mahal ari tu.Dalam perjalanan balik ke tempat kereta,Po-G sempat lagi cast.Dapat la kat dia sekor PB ari tu.Aku jugak yang kumpau.InsyaAllah ada masa kami akan datang lagi ke port ini.

Tuesday, September 7, 2010

Thursday, September 2, 2010

Trip Kelong Batu Undan

Trip yang tidak dirancang dengan teliti ini terjadi apabila sudah lama tidak mem'bottom'kan diri.Asyik layan casting PB dan Toman jer,layan kelong la pulak.Seramai 5 orang geng Kuchams Team dan seorang peserta lain telah turut serta dalam trip ini.Kelong ini terletak tidak jauh dari jambatan Bainun,Lumut,Perak.Umpan yang kami gunakan adalah udang hidup dan udang pasar.Hasilnya agak memberangsangkan.Antara ikan yang kami naikkan ialah ikan ketuka,ikan semilang,ikan daun baru,ikan gelama,ikan duri,ikan kerapu dan lain-lain.Pada trip ini ikan siakap tidak berjaya didaratkan tetapi hanya sempat melihat susuk tubuhnya sahaja apabila ikan ini melakukan aksi akrobatik dan berjaya meloloskan diri.Epy adalah orang yang paling kecewa kerana tidak berjaya mendaratkan ikan tersebut.Terima kasih kepada empunya kelong iaitu Cikgu Kamarul di atas layanan yang amat baik.InsyaAllah kami akan datang lagi ke kelong ini.Antara foto-foto yang sempat dirakam

on the waybalik

mabuk laut jugak ke chor?he..he..he..dapur yang disediakan


Epy menari tarian tension selepas terlepas siakap di depan mata



Wednesday, August 4, 2010

Gewang Pilihan


Gewang yang biasanya menjadi pilihan saya dan ahli Kuchams Team semasa sesi casting ikan air tawar adalah gewang "Top Water".Antaranya ialah jenis "Pencil bait".Gewang ini biasanya dipilih untuk memburu Peacock Bass,Toman dan Haruan.Gewang pencil bait seperti Megabass Dog X Jr,Owner Cultiva,Rapala Skitter Walk dan lain-lain selalu kami gunakan.Gewang ini digayakan dengan pelbagai teknik untuk menarik minat ikan.Teknik yang paling popular digayakan ialah teknik "Walk-The-Dog".


Teknik 'dog walk' atau 'anjing berjalan' efektif apabila ingin memburu ikan dengan lebih cepat,atau ingin melihat respon ikan di perairan terbuka,atau ketika terserempak ikan membuak di permukaan air.Teknik ini meniru 'aksi panik' ikan kecil,yang menjadi salah satu aksi paling disukai pemangsa.Selalunya gewang jenis pencil bait sesuai untuk teknik ini.Imejnya seakan aksi anjing yang diajak bersiar-siar.Apabila anjing bergerak ke kiri dan ke kanan semasa menarik tali penambatnya,pencil bait turut berkelakuan sedemikian di permukaan air.Jadi,bagaimana hendak membuatkan gewang berkelakuan sebegitu?

Ianya sangat senang.Hanya perlu berikan tegangan pada tali,kemudian longgarkan tegangan tersebut,itu sahaja.Pencil bait akan tersengguk-sengguk dari satu sudut ke sudut yang lain.Ulanglah operasi ini,dengan mudah pencil bait akan meluncur ke kiri dan kanan.Berilah aksi kepada joran untuk mengawal nada luncuran dan kelajuannya.Bergantung kepada situasi,jarak kelajuan dan luncuran perlu diubah dan harus cuba mencari aksi yang sewajarnya dengan cara itu.Kadangkala 'berhenti' seketika juga efektif,jadi berilah aksi berhenti atau pegun pada setiap beberapa aksi.Apabila memberi aksi 'dog walk' kepada gewang,riak kecil akan terhasil.

Sesetengah pemancing mengatakan bahawa kekunci paling penting untuk 'dog walk' ialah riak ini.Justeru itu,kita perlu cuba untuk memberi aksi 'gewang seakan menguak air'.Bentuk olak 'U' dan 'V' yang terhasil dari pencil bait berlainan memberi kesan yang berbeza terhadap ikan.
Gewang murah atau gewang kelas ekonomi juga tidak kami lupakan dalam misi casting kami.Tak semestinya gewang berjenama dan mahal sahaja yang menjadi 'killer',gewang murahan kami juga banyak yang menjadi 'killer' dalam memburu spesis ikan air tawar ini.

Sebenarnya kami masih lagi baru dalam dunia casting.Kami sentiasa mencari ilmu tentang casting melalui dari sifu-sifu yang telah lama bergiat dalam dunia casting,forum-forum memancing di internet dan juga melalui pembacaan di majalah Sirip dan Pancing.Kami harap kami dapat menambahkan lagi pengalaman memancing kami dengan kaedah casting ini dan di samping itu dapat juga kami menambah lebih ramai lagi kenalan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...