.
.
.
.
.
.
.
.
.

Teman-teman yang disayangi

Tuesday, March 26, 2013

Komplot Cuti Sekolah

25/3/2013

Caster : Fikhri dan Far Crew
Tempat : Kg. Alor Bakat,Kelantan.


Sempena aku kat kampung semasa cuti sekolah ni,aku memanfaatkan masa yang terluang untuk menduga dan mencuba port di kampung aku.Aku turun berdua dengan Fikhri pada sebelah petang.
Fikhri terlebih dulu berjaya menaikkan ikan dengan rod sidewinder Rod Ford,reel Abu Garcia Cardinal 102 dan menggunakan spinnerbait.Ikan yang dinaikkan ialah seekor ikan Ketutu.Tahniah Fikhri,aku jugak yang belum dapat lesen Ketutu lagi.
Selang beberapa minit selepas itu ,Fikhri berjaya menaikkan seekor Haruan menggunakan spoon Abu Garcia.
 Aku yang belum mendapat strike tiba-tiba terasa spoon Seahawks Altima TJ yang sedang dikarau disentap sesuatu.Lantas aku menyentak joran dan ikan meluru melarikan diri.Rod Okuma Namesis berganding dengan reel Abu Garcia MGX bejaya menahan asakan ikan dan seekor Sebarau berjaya dinaikkan.
 Sebelum balik,Fikhri sekali lagi berjaya menaikkan seekor Sebarau bersaiz juvenil dengan menggunakan spoon Abu Garcia.
 

Pada keesokan harinya iaitu pada 26/3/2012 aku turun casting lagi.Tapi pada kali ini berseorangan dan hanya seekor Haruan curut berjaya digoda menggunakan Rapala Countdown.

Saturday, March 9, 2013

Layan Toman Remaja

9/3/2013

Misi berseorangan dilakukan.Hari ini memang niat di hati nak layan Toman dan misi berjaya walaupun hanya Toman remaja yang sudi merembat gewang.Dua ekor Toman remaja itu berjaya didaratkan setelah dua kali kes rabut terjadi.Seekor PB juga berjaya didaratkan.Semua ikan yang berjaya didaratkan hari ini menggunakan gewang Hinomiya dengan rod Okuma Nemesis 6-12Lbs dan reel Abu Garcia  Revo MGX.




Monday, March 4, 2013

Lenjun

25/2/2013

Caster: Far Crew & Po-G

Turun casting berdua dan sampai di port hujan mula turun dengan lebat.Lenjun kami berdua di buatnya.Alang-alang dah basah kami meneruskan misi walaupun dalam keadaan kesejukan.Alhamdulillah ada jugak hasilnya.Hasilnya 2 ekor Sebarau dengan menggunakan Rapala X rap countdown dan Rapala Countdown.Ke mana perginya PB di port ini?




26/2/2013

Aku turun berseorangan kerana yang lain bekerja.Tempat masih lagi tempat yang sama semasa hari hujan hari itu.Alhamdulillah,aku tidak kumpau hari ini.Hasilnya 2 ekor Sebarau juga dengan menggunakan Rapala X Rap Countdown dan Seahawk Altima.Kelibat PB dan Toman sudah tidak kelihatan di port ini.Ke manakah menghilangnya?


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...