28/7/2013
Caster: Far Crew dan Fatah
Tok Bali,Kelantan
Cuti sempena Nuzul Al-Quran dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk memancing.Sampai di Kelantan pada malam 25/7/2013.Pagi 26/7/2013 terus turun ke Tok Bali bersama Fatah yang juga cuti.Niat kami untuk mencuba teknik land base jigging.Kami langsung tak ada pengalaman main jig ni,hanya berpandukan artikel melalui majalah pancing.Tak apa,keinginan untuk belajar dan mencuba itu penting sebenarnya.Pada percubaan pertama ini kami gagal walaupun ada strike.
Pada 28/7/2013,kami berdua turun sekali lagi ke Tok Bali.Kali ini aku berjaya mendapatkan seekor baby kerapu dengan cara land base jigging.
Selepas itu,setelah beberapa kali balingan dibuat,jig tersangkut pada batu.Tarik punya tarik,putus la tali dan lebur lah jig tersebut.Aku mula menukar jig kepada Rapala Taildancer.Percubaan aku berjaya apabila seekor Siakap Merah menghentam gewang.
Setelah itu,aku menukar Rapala Taildancer kepada gewang Strike Pro.Alhamdulillah,dua ekor kerapu berjaya dijinakkan walaupun bersaiz sederhana.
InsyaAllah,cuti hari raya nanti aku akan turun lagi di Tok Bali.
No comments:
Post a Comment