caster: Po-G & Far Crew
Persetujuan telah di buat antara aku dan Po-G untuk turun ke port Sebarau.Kami bergerak seawal jam 6.30 pagi tetapi agak kecewa apabila air tersangat keruh.
Perancangan ditukar dari memburu Sebarau ke memburu PB.Kami mencuba di lombong yang berdekatan dengan port Sebarau.Kelibat dua orang Haruan Hunter di lombong ini sedang memujuk Haruan.Sempat juga kami bertegur sapa dan bertanyakan hasil yang diperolehi.
Kami meneruskan pencarian PB dan Alhamdulillah,ada hasilnya.PB yang bersaiz juvenil cukup banyak di lombong ini.Gewang yang dilontar pasti bersambut.
Selepas jenuh melayan baby PB,aku menukar pula gewang kepada katak plastik.Saje gatal tangan nk menduga Haruan.Hanya dua kali balingan,katak plastik di ngap oleh Haruan yang bersaiz sederhana.
Dalam perjalanan pulang,kami melalui satu sungai kecil.Kami berhenti dan cuba casting di sini.Aku mendapat strike dari seekor Sebarau di sini.
No comments:
Post a Comment