caster : Far Crew = Abu Garcia Revo MGX+Abu Garcia Vendetta
Najib = Ajiking Tournament Queen+Abu Garcia sea caster
Terlebih dahulu warga Kuchams Team ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada insan yang bergelar guru dan kepada guru-guru yang pernah mengajar kami.
Komplot yang tak dirancang ini bermula setelah aku menghantar sms kepada Najib untuk mengajaknya casting.Bila ditanya port mana yang nak dituju,aku kata kasi redah je la.Port yang pertama yang kami tuju ialah di satu lombong berdekatan dengan Bandar Baru Kampar.Aku mendapat satu strike tetapi kes rabut terjadi.Begitu juga dengan Najib.
Setelah tiada lagi sambutan,kami menuju ke port kedua iaitu di Malim Nawar.Di sini aku mendapat satu strike dan ikan berjaya dihela sampai ke tepi tetapi rabut setelah ia melakukan lompatan.Selang beberapa minit selepas itu,aku sekali lagi mendapat strike dan seekor Toman rempit berjaya dinaikkan dengan menggunakan gewang Rapala Shad Rap.
Rempit pun rempit la,janji tak kumpau.InsyaAllah kami akan mencari Toman yang bersaiz mega di port ini.
No comments:
Post a Comment