Caster : Fikhri dan Far Crew
Tempat : Kg. Alor Bakat,Kelantan.
Sempena aku kat kampung semasa cuti sekolah ni,aku memanfaatkan masa yang terluang untuk menduga dan mencuba port di kampung aku.Aku turun berdua dengan Fikhri pada sebelah petang.
Selang beberapa minit selepas itu ,Fikhri berjaya menaikkan seekor Haruan menggunakan spoon Abu Garcia.
Aku yang belum mendapat strike tiba-tiba terasa spoon Seahawks Altima TJ yang sedang dikarau disentap sesuatu.Lantas aku menyentak joran dan ikan meluru melarikan diri.Rod Okuma Namesis berganding dengan reel Abu Garcia MGX bejaya menahan asakan ikan dan seekor Sebarau berjaya dinaikkan.
Sebelum balik,Fikhri sekali lagi berjaya menaikkan seekor Sebarau bersaiz juvenil dengan menggunakan spoon Abu Garcia.
Pada keesokan harinya iaitu pada 26/3/2012 aku turun casting lagi.Tapi pada kali ini berseorangan dan hanya seekor Haruan curut berjaya digoda menggunakan Rapala Countdown.
No comments:
Post a Comment