Pada 22/1/2013 barulah ada kesempatan untuk turun ke padang pancing.Hanya aku dan Po-G turun pada kali ini.Kami sampai di destinasi pun selewat 6.30 petang.Kelewatan ini kerana Po-G baru habis kerja.Dia balik je kerja,terus kami gerak.Kami memilih port yang paling dekat kerana hari pun sudah lewat.
Sebenarnya sebelum bergerak,aku mencadangkan kepada Po-G supaya hanya membawa seketul gewang sahaja seorang.Baru boleh tengok gewang siapa yang killer.hehehehehe..Bagus jugak idea tu kata Po-G.
Beberapa minit selepas itu aku pula membuktikan keberkesanan Skitter Pop dengan menaikkan seekor juga PB.
Selepas itu,Po-G berjaya mendaratkan seekor lagi PB sementara seekor lagi rabut di depan mata.
Alhamdulillah,ada jugak hasil permulaan 2013 bagi kami walaupun hanya sempat casting selama sejam sahaja.InsyaAllah kami akan tambahkan lagi hasil pancingan jika masa mengizinkan.
2 comments:
bestnya.. malam ni anna pon nk g memancing ni..
Ana gi mncing kat mn?Semoga dapat hasil pancingan yang lumayan.
Post a Comment