Sunday, December 12, 2010
Lagun Maut edisi repeat
Setelah hasil agak kumpau pada edisi pertama ke lagun maut,aku dan Mat Eyl kembali lagi ke sana.Kali ini adik aku pun join sekali.katanya nak release tension selepas SPM.Rezeki kami pada kedatangan kali ini amat baik sekali.Kami bersyukur kepada Allah di atas segala pemberianNya.Mat Eyl mendahului dengan berjaya menaikkan siakap merah yang boleh tahan saiznya berumpankan udang hidup.
Selepas itu aku pula diuji dengan siakap putih setelah ia melarikan umpan udang hidupku.Dengan aksi larian dan akrobatiknya membuatkan hati aku berdegup kencang.setelah tak sampai lima minit bertarung,seekor siakap seberat 4 kilo lebih berjaya didaratkan.
Selepas dari itu pancing aku disambar lagi oleh siakap yang bersaiz juvenil.Begitu juga Mat Eyl yang berjaya mendaratkan beberapa ekor siakap merah yang juga bersaiz juvenil dan seekor siakap putih.
Aksi rabut juga kerap berlaku pada aku dan Mat Eyl pada hari itu.Pada gaya ragutannya aku agak dari siakap putih.Keseluruhan hasil kami pada hari itu ialah 3 ekor siakap putih dan 3 ekor siakap merah.Ternyata aku memang seronok memancing di kampung semasa bercuti ini.
Wednesday, December 8, 2010
Lagun Maut
Jom la nak gi mancing,aku cuti ni.Kata Mat Eyl salah seorang ahli Kuchams Team yang bercuti sempena awal Muharam.Mana port kita nak pegi?Ikut jelah kata Mat Eyl padaku.Rupa-rupanya dia bawak aku pergi memancing kat Lagun Maut,Semerak.
Sampai sana dia layan bottom berumpankan udang hidup dan udang pasar.Aku pula,biasalah layan casting.Dah lenguh tangan casting,sekor ikan pun tak dapat.
Mat Eyl pula dapat la sekor.Mat Eyl cakap ari ni air tak berapa cantik,kalau cantik tempat ni menjadi jugak.
Sebelum ni pun Mat Eyl banyak kali MMS aku gambar hasil kat sini.Antara hasilnya ialah ikan tanda,ketuka,kerapu,siakap merah,sembilang dan siakap putih.
Nanti aku cuti hujung minggu ni kita repeat lagi,sahut Mat Eyl.Cannntiiikkk...kita mancing puas-puas sebelum aku balik Perak,balas aku pada Mat Eyl.
Nanti aku cuti hujung minggu ni kita repeat lagi,sahut Mat Eyl.Cannntiiikkk...kita mancing puas-puas sebelum aku balik Perak,balas aku pada Mat Eyl.
Wednesday, December 1, 2010
Ikan Laga





Subscribe to:
Posts (Atom)