
Gewang yang biasanya menjadi pilihan saya dan ahli Kuchams Team semasa sesi casting ikan air tawar adalah gewang "Top Water".Antaranya ialah jenis "Pencil bait".Gewang ini biasanya dipilih untuk memburu Peacock Bass,Toman dan Haruan.Gewang pencil bait seperti Megabass Dog X Jr,Owner Cultiva,Rapala Skitter Walk dan lain-lain selalu kami gunakan.Gewang ini digayakan dengan pelbagai teknik untuk menarik minat ikan.Teknik yang paling popular digayakan ialah teknik "Walk-The-Dog".

Teknik 'dog walk' atau 'anjing berjalan' efektif apabila ingin memburu ikan dengan lebih cepat,atau ingin melihat respon ikan di perairan terbuka,atau ketika terserempak ikan membuak di permukaan air.Teknik ini meniru 'aksi panik' ikan kecil,yang menjadi salah satu aksi paling disukai pemangsa.Selalunya gewang jenis pencil bait sesuai untuk teknik ini.Imejnya seakan aksi anjing yang diajak bersiar-siar.Apabila anjing bergerak ke kiri dan ke kanan semasa menarik tali penambatnya,pencil bait turut berkelakuan sedemikian di permukaan air.Jadi,bagaimana hendak membuatkan gewang berkelakuan sebegitu?


Gewang murah atau gewang kelas ekonomi juga tidak kami lupakan dalam misi casting kami.Tak semestinya gewang berjenama dan mahal sahaja yang menjadi 'killer',gewang murahan kami juga banyak yang menjadi 'killer' dalam memburu spesis ikan air tawar ini.


