
Alhamdulillah,setelah pelbagai masalah yang dilalui antaranya untuk tempahan resort yang diuruskan oleh pengurusan baru serta harga baru bagi resort untuk tahun 2010,warga Kuchams Team telah bersantai sambil memancing di Coral Fishing Resort,Lumut..Aktiviti kali ini disertai oleh
Far Crew sekeluarga,
Zam sekeluarga,
Izal sekeluarga,
Remy,
Meor,
Epy,
Po-g,
Baba dan
Kimi.Aktiviti ini lebih kepada santai bersama keluarga dan ahli-ahli Kuchams Team.walaupun lebih kepada santai,aktiviti memancing tetap tidak dilupakan.


Kami tiba di sana pada pukul 3 petang.Setelah daftar masuk,kami turunkan alatan gerak gempur kami iaitu alat-alat pancing kami dan barang-barang yang di bawa.Umpan yang kami bawa untuk memancing kat sini ialah udang pasar,udang hidup dan sotong.

Resort di Coral Fishing Resort,Lumut ini betul-betul berhadapan dengan laut dan disediakan pelantar untuk memancing.Ini memudahkan lagi aktiviti memancing kami sambil melepak bersama.

Hasil pertama kami pada hari itu ialah senangin seberat 2 kg dengan berumpankan udang hidup.

Pada sebelah malamnya,kami melepak-lepak sambil BBQ ayam bakar.Sambil memancing boleh makan ayam bakar.Tak gitu?ikan tak makan,kami yang kenyang.Pada sebelah malam,ikan kurang menjamah umpan sehingga pada tengah malam barulah kembali rancak.Zam berjaya menaikkan beberapa ekor ikan tetanda dan seekor ikan yu.Po-g dan Remy dengan kerapunya.Pada awl paginya pula,kami dikejutkan dengan adegan joran melambung masuk ke laut.Ikan yang melakukan angkara itu tidak dapat dipastikan spesisnya.



Walaupun hasilnya tak berapa lumayan,kami tetap berpuas hati kerana dapat bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan.......