.
.
.
.
.
.
.
.
.

Teman-teman yang disayangi

Wednesday, April 16, 2014

Trip Kelong Batu Undan 2014

Tempat : Kelong Batu Undan,Lumut
Tarikh : 12-13 April 2014
Peserta : 8 orang
               -Far Crew
               -Po-G
               -Said
               -Najib
              -SuAre
              -Meor
              -Zam
             -Shah

Alhamdulillah,trip ke kelong batu undan pada tahun ini dapat diadakan dengan jayanya.Tujuan trip ini adalah untuk mengeratkan lagi ukhwah antara ahli Kuchams Team.
Terima kasih kepada semua yang menyertainya terutama Meor,Su-Are,Zam dan membernya yang sanggup datang dari jauh.
Walaupun hasilnya tidaklah sebegitu lumayan,kami tetap bersyukur diatas rezeki yang diberikan oleh-Nya.
Ikan Bulan,Ketuka,Tanda,Loban dan Kurau seberat 2.67kg adalah antara ikan yang didaratkan selain dari ikan Gelama yang dianggap penghibur.Umpan yang digunakan adalah udang hidup dan udang pasar.Sementara Loban menggunakan umpan roti.
 InsyaAllah kami akan ke kelong batu undan lagi.Terima kasih tuan empunya kelong iaitu Cikgu Kamarul dan Puan Lina atas kerjasama yang diberikan.Untuk yang berminat ke kelong batu undan boleh la ke kelongbatuundan.blogspot.com 
untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut.

Tuesday, April 15, 2014

Layan SP

SP Berkley & Storm Wildeye live Shrimp


Orang Baru

Sempena meraikan orang baru yang berjinak-jinak dengan dunia casting,kami membawa Meor ronda-ronda sambil casting di sekitar Gopeng,Perak.Hanyir sungguh tangan si Meor ni..pertama kali turun cast dah dpt lesen haruan ngan sebarau.Tahniah Meor dan terima kasih sebab sudi datang dari Klang semata-mata nak casting bersama.


Sungai Kinta punya Sebarau

Turun casting secara solo di Sg.Kinta,Perak
 Rod : Storm Mojo 6-12lb
 Reel : Rapala Rage
 Line : Kirin 15lb
 Leader : Expert Graphite Invisible Shock Leader 30lb
Lure :Abu Island,Rapala Countdown,Rapala Team Esko
 Hasil : Sebarau,PB

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...