.
.
.
.
.
.
.
.
.

Teman-teman yang disayangi

Sunday, December 29, 2013

Meredah Sungai

28/12/2013

Peluang dan kelapangan masa yang ada dimanfaatkan dengan aktiviti casting.Bersama Najib dan seorang sahabat dari Ipoh turun ke Sungai Kampar.Target yang dicari adalah ikan Tengas.Kami meredah air untuk mencari lubuk-lubuk yang sesuai.Alhamdulillah,pencarian berhasil.Tengas dan Sebarau berjaya di daratkan.Gewang yang digunakan adalah Rapala Countdown 1,3 dan 5.Seekor Tengas bersaiz 700 g berjaya dipujuk dengan gewang Rapala Countdown 5 GALB.


Sebarau Sungai Kinta

Mencuba nasib di Sungai Kinta,Perak bersama Po-G..Alhamdulillah ada hasilnya.Seekor  Sebarau 700g berjaya di goda dengan Rapala SSR 7.

Melayan Curutan

27/12/2013

Tak tahu nk kemana,aku dan Najib melayan PB curutan di lombong di Kota Bharu,Perak.Curut pun curutlah,janji hilang gigil tangan dpt cast..heheheehe.Antara gewang yang di gunakan adalah Rapala Countdown 1,Rapala Xrap Countdown,Ofmer dan spin fly


Sebarau Musim Cuti

Sempena cuti sekolah dan semasa berada di kampung halaman,aku mengambil peluang casting di kawasan kampungku.Port yang dicuba adalah sekitar sungai dan tali air yang berdekatan.Alhamdulillah ada hasilnya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...