.
.
.
.
.
.
.
.
.

Teman-teman yang disayangi

Wednesday, October 23, 2013

Trip Santai di Kelong Batu Undan,lumut 2013

Pada 19/10/2013-20/10/2013,kami mengadakan trip ke kelong Batu Undan,Lumut.
Trip ini adalah untuk santai bersama ahli Kuchams Team yang lama tidak membottomkan diri.Asyik casting jer..Trip ini juga untuk merapatkan lagi ukhwah antara ahli Kuchams Team.
Pertandingan antara kami juga diadakan bagi memeriahkan suasana.Masa yang diperuntukkan untuk pertandingan ini adalah 3 jam pertama tiba di kelong.Pemenangnyer ialah Meor yang menaikkan ikan tanda seberat 160g.
Pada sebelah petang hujan turun membawa ke awal pagi.Banyak juga strike dari ikan yang melenturkan rod tapi rabut.Siakap mega yang dianggarkan berat melebihi 5kg hanya menunjukkan diri bermain di sekitar kelong tetapi sombong dan tidak mengendahkan langsung umpan yang kami sediakan.Alhamdulillah walaupun hujan,ada juga rezeki untuk kami walaupun memancing sambil bersantai.

Thursday, October 10, 2013

Sebarau Sungai Sempit

Sungai yang sempit dan keruh jangan disangka tak ada sebarau kalau kena ngan spotnya.Walaupun Sebarau bersaiz sederhana yang sudi,dapat merasa tarikannya pun dah kira ok.Seperti biasa,turun berdua ngan Po-G menduga spot di sungai sempit sekitar Gopeng.Po-G berjaya memujuk Sebarau menggunakan Rapala Countdown.
Aku yang tiada langsung tarikan dari ikan mula menukar ke gewang permukaan.Aku menggunakan Rapala Skitter Pop.Balingan demi balingan dibuat akhirnya ada juga yang sudi.Alhamdulillah..

Sesi mengisi masa petang

Apa lagi yang dibuat kalau tak casting.Ini adalah aktiviti yang mengisi masa petang kami.Turun berdua dengan Po-G ke sungai di kawasan Gopeng.Air sedikit keruh tapi tetap mencuba.Alhamdulillah,Po-G berjaya memujuk Tengas.Sebarau yang bersaiz sederhana juga berjaya di pujuk.
Najib yang tidak ikut bersama kerana pergi melayan Haruan juga mendapat hasil yang baik.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...