.
.
.
.
.
.
.
.
.

Teman-teman yang disayangi

Monday, May 27, 2013

Meneruskan Pencarian

Meneruskan pencarian disekitar Sungai Kinta untuk mencari penghuni yang bermastautin di dalam sungai tersebut.Namun masih lagi belum kami ditemukan dengan yang bersaiz mega.Fikhri berjaya menaikkan Lampam dan Baung menggunakan Rapala Countdown.
Far Crew pula menaikkan Sebarau juga dengan Rapala Countdown.
Ayuh geng Kuchams Team semua,teruskan pencarian,luaskan kawasan jajahan dalam pencarian mega.

Lagi lesen Baung

 26/5/2013
Caster: Far Crew,Najib dan Fikhri

Lesen Baung untuk aku(Far Crew) menggunakan kaedah casting telah ada.Kami turun bertiga dan perancangan awal adalah untuk ke sungai Kinta namun keadaan air yang terlampau keruh menyebabkan kami mengubah perancangan.Kami mencuba di sungai sekitar Kota Bharu,Perak.Alhamdulillah,lesen Baung aku tercipta di sini.Set yang digunakan ialah Revo MGX+Vendetta dan gewang Rapala Countdown 5.
Pada sebelah petang pula,kami bertujuh berkomplot memburu PB.Po-G,Remy,Said,Najib,Farid,Fikhri dan Far Crew turun casting kali ini.Port yang dituju adalah port di Batu Gajah,Perak.Kami semua belum pernah ke sini dan kami anggap komplot ini sebagai percubaan untuk mengetahui spesis apa yang menghuni lombong ini.
Alhamdulillah,ada juga hasil dari kami walaupun PB yang bersaiz comel.

Tuesday, May 21, 2013

Baung Sungai Kinta

18/5/2013
 Sungai Kinta
 caster: Najib,Said dan Far Crew

Perancangan awal ialah casting di Sungai Kampar tapi terpaksa diubah kerana ada sedikikit masalah.Alternatifnya kami ke Sungai Kinta.Port ni sebenarnya dah lama dikunjungi oleh otai-otai casting yang lain cuma kami je baru nak try kat sini.Beberapa balingan sahaja disambut oleh seekor Sebarau juvenil.Najib pula berjaya mendapatkan lesen Baung.Aku juga yang belum ada lesen Baung.Beberapa strike kasar diterima namun kes rabut berlaku.



Petang turun pulak ngan Po-G,namun masih lagi saiz juvenil yang naik.Mungkin belum rezeki kami manaikkan Badong.


Friday, May 17, 2013

Hasil di Johor

Farid salah seorang ahli Kuchams  Team yang kini berada di Johor telah menghantar MMS hasil casting di sana.
Seekor siakap telah ditewaskan dengan reel Banax + rod Ajiking menggunakan SP dari Berkley.Tahniah Farid kerana telah ada lesen Siakap menggunakan kaedah casting.

Thursday, May 16, 2013

Toman Rempit di Hari Guru

 16/5/2013

caster :  Far Crew = Abu Garcia Revo MGX+Abu Garcia Vendetta   
               Najib = Ajiking Tournament Queen+Abu Garcia sea caster


Terlebih dahulu warga Kuchams Team ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada insan yang bergelar guru dan kepada guru-guru yang pernah mengajar kami.
Komplot yang tak dirancang ini bermula setelah aku menghantar sms kepada Najib untuk mengajaknya casting.Bila ditanya port mana yang nak dituju,aku kata kasi redah je la.Port yang pertama yang kami tuju ialah di satu lombong berdekatan dengan Bandar Baru Kampar.Aku mendapat satu strike tetapi kes rabut terjadi.Begitu juga dengan Najib.
Setelah tiada lagi sambutan,kami menuju ke port kedua iaitu di Malim Nawar.Di sini aku mendapat satu strike dan ikan berjaya dihela sampai ke tepi tetapi rabut setelah ia melakukan lompatan.Selang beberapa minit selepas itu,aku sekali lagi mendapat strike dan seekor Toman rempit berjaya dinaikkan dengan menggunakan gewang Rapala Shad Rap.


Setelah itu giliran Najib pula bergasak dengan ikan setelah mendapat strike.Seekor Toman rempit juga berjaya dibawa naik menggunakan gewang Strike Pro.



Rempit pun rempit la,janji tak kumpau.InsyaAllah kami akan mencari Toman yang bersaiz mega di port ini.

Sunday, May 12, 2013

Peminat Abu Garcia

12/5/2013

caster: Po-G dan Far Crew
Tempat : Kota Bharu,Perak

Berbaju sama turun casting dan target hari ini adalah Toman.Baju yang dipakai ialah baju Malaysia Abu Garcia Fan Club(MY-AGFC).Po-G menggunakan reel Abu Garcia Cardinal STX10 dan digandingkan dengan rod Abu Garcia Ultra Cast OZ.Manakala aku(Far Crew) pula menggunakan reel Abu Garcia Revo MGX digandingkan dengan rod Abu Garcia Vendetta.Po-G mendahului aku dengan menaikkan seekor Tilapia yang memang suka mengejar gewang.Aku juga tidak ketinggalan mendaratkan Tilapia walaupun aku menggunakan pencil Zerek yang bersaiz  besar.Memang terlampau la Tilapia disini.Seketika aku menerima sambaran betul-betul berhampiran tebing tempat aku berdiri tapi sayang tak lekat.
Selepas itu Po-G berjaya menaikkan seekor PB dengan menggunakan gewang Yozuri.

Sebelum pulang,dalam kesamaran senja aku menerima sambaran dan ikan melarikan gewang pencil dari Yozuri.Seekor Toman bersaiz comel berjaya didaratkan.

Saturday, May 4, 2013

Farid dan LPBC

Farid,seorang daripada Kuchams Team krew mula berjinak-jinak dgn Low Profile Bait Casting (LPBC)setelah melihat dan diracun oleh krew-krew Kuchams Team yang lain yang menggunakan LPBC.Langkah permulaan di ambil oleh Farid ialah dengan menggunakan LPBC dari jenama Banax. Percubaan pertamanya berjaya menghanyirkan LPBC nya dengan menaikkan seekor sebarau.
Tahniah Farid.Setelah mahir menggunakan LPBC,aku yakin Farid akan upgrade senjatanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...