.
.
.
.
.
.
.
.
.

Teman-teman yang disayangi

Thursday, February 21, 2013

Kena Main

21/2/2013

Caster: Far Crew & Najib
Tempat : Kota Bharu,Perak

Turun berdua menggunakan kereta kerana ketiadaan motor.Sudah pasti bila berkereta,port yang dekat dengan jalan sahaja yang dapat dituju.Aku menggunakan Abu Garcia MGX+Okuma Nemesis dan Najib menggunakan Ajiking Tournament Queen+Rod Ajiking.Di Port pertama tiada sambaran kami terima.Kemudian datang seorang pakcik memberitahu port itu baru lepas dijala.Patut la tak ada ikan.Dah kena jala rupanya.
Kami ke port yang kedua.Port ini terletak betul-betul di tepi jalan.Sambaran pertama aku terima dengan menggunakan Rapala Skitter Pop.Namun PB berjaya meloloskan diri.Tidak lama selepas itu aku skali lagi menerima sambaran PB tapi kali ini yang bersaiz agak besar.Kes rabut terjadi lagi walaupun PB tersebut sudah berada di gigi air.Dengan satu pecutan padu,PB berjaya melepaskan diri.
Setelah itu giliran Najib pula.Yozuri 3D Popper yang digunakan dihentam PB namun ikan tidak lekat.Aku pula sekali lagi strike dengan menggunakan Skitter Pop.Berdentum air dibuatnya.Seekor Toman telah membaham gewang dan melarikan diri ke arah reba.Kuat juga lariannya dan sekali lagi aku berputih mata apabila Toman itu berjaya menyelamatkan diri.Adoii..memang kena main la aku hari ini.
Sebelum balik,Najib berjaya juga menaikkan seekor Sebarau menggunakan gewang strike pro.Aku juga kumpau kena main ngan ikan hari ini.Aduyaiiiii....


Saturday, February 16, 2013

Cuba Senjata Baru

16/2/2013

Petang tadi aku turun casting bersama Su-Are.Petang ni aku nak cuba senjata baru aku setelah senjata lama aku iaitu Abu Garcia Skeet reese di hantar untuk dibaiki.Serba sedikit tentang senjata baru yang aku gunakan ari ini:
Reel:Abu Garcia Revo MGX
Rod:Okuma Namesis 6-12 Lbs
Line:Samuline Braided 16.3 LB
Leader:M&Wjigging Fluorocarbon Shock Leader 26LB

Hasil pada hari ini adalah hanya seekor Haruan dengan menggunakan Rapala Skitter Pop.Jadilah,walaupun hanya seekor ikan didaratkan,janji senjata baru dah hanyir.



17/2/2013

 Hari ni pula set baru hanyir Sebarau.Aku turun casting solo dan Sebarau ni dapat dengan menggunakan Spoon Seahawk Altima.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...