.
.
.
.
.
.
.
.
.

Teman-teman yang disayangi

Thursday, January 31, 2013

Kunjungan dari Utara

Sebenarnya kunjungan pemancing dari Pulau Pinang ini ialah pada hujung tahun lepas tapi terlupa nak update dalam blog ni.Mereka ialah Fatah dan Tun Mohd Azlin.Sempena mereka di Perak,kami membawa mereka casting Sebarau di sekitar Gopeng.

 

Kami juga menerima MMS dari Kuchams Team Crew dari Kelantan iaitu Kimi yang menduga port-port yang berpotensi di Kelantan.InsyaAllah kalau ada cuti,kami akan menyertai beliau menduga port-port tersebut.

Sunday, January 27, 2013

Sebarau kecil-kecilan 2013

27/1/2013

Pagi
Caster: Far Crew
Turun cast secara solo.Ikan target ialah Sebarau.Hanya 2 ekor Sebarau juvenil yang berjaya didaratkan.2 ekor PB juvenil juga didaratkan.

 Pada masa yang sama terserempak dengan 2 caster dari Ipoh.Sempat juga berbual dan bertegur sapa.

Petang
Caster: Far Crew,Po-G dan Najib
Ikan target masih lagi Sebarau.Turun agak lewat dan sampai di port pada pukul 6.30 petang.Seekor Sebarau,PB dan seekor Toman berjaya didaratkan.Semuanya bersaiz juvenil.Mana la ikan yang besar-besar ni...Apapun kami akan teruskan usaha untuk menyelongkar port-port yang sesuai dan meneruskan aktiviti yang sihat ini.
 
28/1/2013
Caster: Najib,Far Crew dan Po-G

Wednesday, January 23, 2013

Mencuba Storm Wildeye live Shrimp

23/1/2013

Petang ini aku dan Po-G meneruskan lagi aktiviti casting.Hari ini aku ingin menguji dan mencuba Storm Wildeye live Shrimp untuk memikat PB.
Percubaan hari ini berjaya walaupun hanya seekor PB juvenil yang tergoda.
Dua ekor lagi PB yang juga bersaiz juvenil berjaya di goda dengan Rapala Skitter Pop dan Ofmer Wonder.Jadilah kecik pun dari kumpau terus.

2013

Di saat pemancing-pemancing lain memaparkan hasil tangkapan pada awal 2013 di facebook dan blog,kami masih belum sempat turun untuk memancing kerana masing-masing sibuk dengan urusan yang perlu diselesaikan.Orang lain masuk 2013 dah berlambak dah dapat hasil tapi kami belum berkesempatan lagi.
Pada 22/1/2013 barulah ada kesempatan untuk turun ke padang pancing.Hanya aku dan Po-G turun pada kali ini.Kami sampai di destinasi pun selewat 6.30 petang.Kelewatan ini kerana Po-G baru habis kerja.Dia balik je kerja,terus kami gerak.Kami memilih port yang paling dekat kerana hari pun sudah lewat.
Sebenarnya sebelum bergerak,aku mencadangkan kepada Po-G supaya hanya membawa seketul gewang sahaja seorang.Baru boleh tengok gewang siapa yang killer.hehehehehe..Bagus jugak idea tu kata Po-G.
Sampai ke port pertarungan bermula antara aku dan Po-G bertaruhkan satu gewang sahaja.Aku menggunakan Rapala Skitter Pop dan Po-G menggunakan gewang Maria.Ternyata Po-G mendahului aku dengan menaikkan seekor PB.
Beberapa minit selepas itu aku pula membuktikan keberkesanan Skitter Pop dengan menaikkan seekor juga PB.
Selepas itu,Po-G berjaya mendaratkan seekor lagi PB sementara seekor lagi rabut di depan mata.
Alhamdulillah,ada jugak hasil permulaan 2013 bagi kami walaupun hanya sempat casting selama sejam sahaja.InsyaAllah kami akan tambahkan lagi hasil pancingan jika masa mengizinkan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...