.
.
.
.
.
.
.
.
.

Teman-teman yang disayangi

Thursday, April 19, 2012

Edisi Cuti Keputeraan Sultan Perak

Hari ni 19 April 2012,cuti sempena keputeraan Sultan Perak.Apa lagi,ada je cuti mesti nak pergi memancing.Niat di hati hari ni nak pergi dengan adik ipar je nak layan casting PB.Tapi isteri dan anak-anak nak follow jugak.Apalagi,satu keluarga la pergi hari ni.
Tempat yang dituju adalah port biasa yang selalu aku casting PB.Port ni adalah port kegemaran ahli Kuchams Team untuk casting PB.
Sampai ke port,aku dan adik ipar(Su-Are) tanpa berlengah terus memulakan acara casting.Sambaran awal aku terima tetapi rabut.Begitu juga dengan Su-Are yang rabut apabila PB membuat aksi akrobatik.Pada fikiran aku,nampaknya PB galak membaham gewang hari ni.Tapi selepas kes rabut tersebut,lenguh tangan casting tanpa sambaran sang PB.Isteri aku pulak sibuk jadi jurugambar dan melayan anak-anakku.Kalau dah rezeki,ada la jugak hasilnya.Sebelum balik,aku berjaya mendaratkan dua ekor PB.Seekor seberat sekilo dan seekor lagi seberat 500gram setelah ditimbang.Berjaya jugak aku mendaratkan PB hari ni.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...