.
.
.
.
.
.
.
.
.

Teman-teman yang disayangi

Saturday, March 31, 2012

Trip Kelong Batu Undan,Lumut 2012


Ahli Kucham's Team yang join
>>Far Crew
>>> Po-G
>>>> Su-Are
>>>>> Najib
>>>>>> Epy
>>>>>>> Mat Eyl
>>>>>>>> Remy
>>>>>>>>> Ngah
>>>>>>>>>> Kimi


Trip ke kelong Batu Undan ini sebenarnya diadakan untuk meraikan kedatangan ahli Kuchams Team dari Kelantan iaitu Mat Eyl,Epy,Ngah dan Kimi.Kedatangan mereka sebenarnya adalah untuk memburu dan merasa tarikan Peacock Bass.Mereka ke Perak selama 3 hari.Jadi,kami merancang membawa mereka ke kelong pada 6 hingga 7 April 2012 iaitu masuk ke kelong pada petang Jumaat dan keluar pada petang Sabtu.Pada hari Ahad 8 April 2012 pula mereka dibawa ke port PB tanpa disertai oleh Po-G kerana mengalami kepenatan setelah balik dari kelong.Tak ada tenaga katanya..hehehehe.Alhamdulillah target mereka untuk merasa tarikan PB berjaya.Setiap dari mereka berjaya menaikkan PB walaupun ada yang bersaiz juvenil.Sebanyak 16 ekor PB berjaya didaratkan.Masing-masing berpuas hati dan merancang untuk datang lagi di lain hari.Makan Malam di atas kelong

Semasa di kelong pula,kami berpesta sembilang.Sebanyak 19 ekor sembilang berjaya didaratkan.Beberapa ekor kami jadikan santapan makan tengah hari di atas kelong.Resepinya ialah sembilang masak merah yang disediakan oleh Po-G.Hasil keseluruhan yang kami dapat di kelong Batu Undan,Lumut pada trip kali ini ialah 19 ekor sembilang,180 ekor gelama,8 ekor ketuka dan seekor ikan Bulan yang dinaikkan oleh Ngah.

Apapun saya mengucapkan terima kasih kepada warga Kuchams Team terutama yang dari Kelantan di atas komitmen masing-masing.Ternyata aktiviti seumpama ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara ahli Kuchams Team..Jumpa lagi....


Makan tengah hari


Monday, March 26, 2012

Bercuti di Marina Coral Fishing Resort,Lumut.


Setelah ramai yang menarik diri disebabkan urusan kerja,hanya tiga keluarga sahaja yang menyertainya pada kali ini.Tujuan utama kami ke sini adalah untuk memancing serta bersantai bersama keluarga dan warga Kuchams Team.Terima kasih kepada semua yang menyertainya.
Kami berkumpul di Gopeng dan bertolak ke Marina Coral Fishing Resort pada pukul 1 tengah hari.Kami singgah di Kampung Setiawan untuk mendapatkan umpan udang hidup.Kami tiba di Marina Coral Fishing Resort pada pukul 3 petang.Pada hari pertama hanya Ikan Tetanda dan kerapu saja yang menjamah umpan.Siakap?Sememangnya ada tetapi rabut di depan mata.Siakap yang diaggarkan berat melebihi 2 kilogram merentap joran Epy dan berjaya ditarik sampai ke tepi namun akibat kawasan yang berbatu dan tiada tangguk kerana tertinggal di rumah,Siakap itu tersenyum riang melepaskan diri setelah ia melakukan pecutan padu di saat akhir.Kecewa tidak terkira Epy dibuatnya.


Dah tiada rezeki nak buat macam mana.Pada malamnya,ikan langsung tidak mahu menjamah umpan.
Hanya getuan dari ikan-ikan kecil sahaja.Pada malam ini juga kami berBBQ.Ikan tak nak makan,jom kita pakat makan ramai-ramai.

Pada pagi esoknya,hanya beberapa ekor kerapu berjaya di naikkan dan Nizam mendahului carta dengan kerapunya pada trip kali ini.
Walaupun hasil pancingan kali ini tidak lumayan namun kami seronok dapat memancing bersama keluarga dan warga Kuchams Team.
InsyaAllah kami akan kembali lagi ke sini.

Saturday, March 10, 2012

Misi Solo

Hari ini selepas balik dari kenduri tergerak hati nak pergi casting.Lalu aku pun mengajak Po-G tetapi beliau tidak dapat turut serta kerana demam teruk.Su-Are tidur,malas la pula nak kacau.Nak ajak Remy,dia pulak kerja.Nampaknya terpaksalah aku turun berseorangan.Aku pun meneruskan misi ini secara solo.Apa target hari ni ye?Sebarau kot.Dah lenguh tangan baling spoon di port pertama,satu strike pun tak ada.Aku pun bergerak ke port lain.Satu balingan dan beberapa karauan dibuat,spoon dirembat oleh sang ikan.Aku pun tak pasti apakah gerangan si ikan itu.Setelah sampai ketepi barulah aku nampak kelibat sebarau.Target hari ni telah tercapai.Setelah itu aku membuat beberapa lagi balingan dan ada beberapa strike namun kes rabut terjadi.

Tapi bukan itu yang bikin aku sakit hati.Yang buat aku sakit hati ialah seorang pakcik yang menjala di situ.Macam tak ada tempat lain nak menjala,tempat aku casting jugak dicampaknya jala.Rasa macam nak cast je kepala pakcik tu dengan spoon tapi kesabaran masih lagi ada pada diri aku.Malas nak bertekak dengan pakcik tu,aku pun angkat kaki pulang.seekor sebarau pun jadilah.Janji target dah tercapai.

Tuesday, March 6, 2012

2-0 dari Po-G

Macam biasa,casting PB lagi.Kali ini kami turun bertiga.Far Crew,Po-G dan Su-Are.Hari ini memang hari yang bertuah bagi Po-G kerana berjaya mendaratkan PB seberat sekilo lebih seekor dan seekor lagi berat dekat-dekat sekilo menggunakan gewang Hinomiya kegemarannya.Lenguh tangan katanya tarik ikan sebab dua-dua ekor dia yang dapat.Aku ngan Su-Are kumpau.Ayat perli la tu dari Po-G kata lenguh tangan.kih..kih..kih..kihh..
Tak pe Po-G,nanti aku balas di lain hari.he..he..he..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...