.
.
.
.
.
.
.
.
.

Teman-teman yang disayangi

Monday, February 13, 2012

Cadangan Hari Keluarga Kucham's Team


Cadangan :

Tarikh: 24-25 Mac 2012
Tempat : Marina Coral Fishing Resort
Aktiviti :Memancing dan bersantai bersama keluarga dan warga Kucham's Team

Monday, February 6, 2012

Percubaan Pertama di Kelong Ah Heng,Lumut

Setelah rancangan untuk ke kelong Batu Undan tidak kesampaian kerana tiada kekosongan,kami beralih ke kelong Ah Heng,Lumut.Ini adalah kali pertama kami sampai ke kelong Ah Heng.Trip kali ini disertai empat ahli Kucham's Team iaitu Far Crew,Po-G,Su-Are dan Remy.Kami bertolak dari Gopeng 04/02/2012 pada lebih kurang jam 8.30 malam dan sampai ke kelong lebih kurang pada pukul 11.00 malam.
Agak ramai juga pemancing yang berada di kelong Ah Heng pada malam itu.Kami memilih untuk memancing di sebelah sangkar ikan Ah Heng.Tidak sampai 20 minit memancing,joran aku ditarik ikan.Tarikan yang agak ganas menguji reel Abu Garcia Cardinal C804 dan rod Abu Garcia Ultra Cast yang aku pertaruhkan.Hasilnya seekor Siakap Merah seberat sekilo lebih berjaya dinaikkan.Kaedah yang aku gunakan ialah dengan menghanyut umpan udang hidup tanpa menggunakan batu ladung.Selepas dari itu,satu lagi tarikan padu dari ikan aku terima tapi sayangnya ikan dapat melepaskan diri dengan melarikan diri memasuki tukun.Kecewa aku dibuatnya.Ada juga pemancing lain pada malam itu menaikkan siakap putih dengan menggunakan kaedah pelampung.Keadaan malam itu seterusnya sunyi sepi dari tarikan ikan hingga ke pagi.Pemancing lain juga begitu.Hanya dua ekor ikan Gelama dapat dinaikkan oleh Su-Are,seekor ikan Gerut-gerut oleh Po-G dan seekor ikan Tanda oleh aku.Remy pula memilih untuk melelapkan mata.Ramai pemancing lain yang ada disitu juga memilih untuk tidur setelah ikan tidak mahu memakan umpan pada malam itu.
Pada pagi keesokannya,air kurang cantik dan ikan pun kurang aktif.Rata-rata pemancing yang ada disitu hanya dapat menaikkan gelama dan ikan duri tapi dengan jumlah yang sedikit.Pada tengah hari pula,aku hanya berjaya menaikkan seekor seekor ikan Daun Baru.Pada sebelah petangnya pula seekor ikan Kerapu juvenil dapat aku naikkan dan seekor gelama didaratkan oleh Su-Are.Kami balik dari kelong pada pukul 7 petang.InsyaAllah kami akan ke kelong ini lagi pada bulan April nanti.Harap-harap bulan April nanti Remy dapat turut serta bagi menuntut bela di atas kekumpauan yang dialaminya pada trip kali ini..hehehehehehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...