.
.
.
.
.
.
.
.
.

Teman-teman yang disayangi

Monday, November 17, 2008

puyu pun puyu lah.....

Ari Isnin lps aku cuti sbb ada hari anugerah kt sekolah pd hari Ahad.Pagi2 lag aku ngan po-g menyediakan ramuan utk dijadikan umpan ikan rohu.Ramuannya ialah dedak ayam campur dedak umpan istimewa,tauhu,jagung manis,palet dan dibancuh dengan soya.Destinasi kami ialah lombong di Malim Nawar.5 jam di sana umpan kami hanya diusik oleh talapia shj.Kami blk dengan hampa tanpa merasa tarikan ganas rohu.Bila petang,aku ngan po-g pegi lagi memancing.kali ini memburu haruan pula.Agaknya bukan rezeki kami hari tu apabila haruan yang bersaiz curut sj yang dinaikkan.Akibat dek kebosanan krn tiada pagutan sang haruan bagak,aku pn menukar mata kail kpd saiz yg lbh kecil & menagkap belalang untuk memancing puyu.po-g pun turut serta memancing puyu.Inilah kata orang,ada hari rezeki kita byk,ada hari rezeki kita kurang.yg penting kita sentiasa bersyukur atas apa sj pemberian Yang Esa.

Saturday, November 15, 2008

Koleksi....

Jenuh jgk la mencari gewang rapala &halco socerer kt Perak.Last2 po-g bwk aku pegi ke kedai pancing kt Bercham.Di sana dptlah aku beli yang aku berkenan spt rapala shadrap,rapala tail dancer,rapala countdown & halco socerer.Skrg ni lure box aku dah penuh.nmpk gaya nk kena beli lure box yang baru la.









Kehampaan di Sungai Blau

Pada bulan lepas,kuchams team ke Sungai Blau.Lokasinya adalah jalan menuju ke Gua Musang melalui Simpang Pulai.Lokasi ni aku dapat tahu dari seorang member yang expert dlm bab ikan2 ni.Aku,Nizam,Emy,Po-g & Epy berlima ke sana.Bila sampai ke lokasi kami amat hampa kerana air di sana amat keruh sekali akibat hujan lebat & aktiviti pembalakan di situ.Dari cerita yang aku dengar kelah yang didaratkan di Sungai Blau ini bersaiz melebihi 10 kg.Kami balik dengan perasaan kecewa tapi tak pe,kami akan datang lagi untuk menduga ikan yang menghuni sungai ini.

Logo Baru Kuchams Team


Tuesday, November 11, 2008

Kebaikan Ikan Haruan

Kebaikan ikan haruan

1.Haruan mempunyai asam amino dan lemak yang dapat menyembuhkan luka dalam perut serta amat baik untuk mengubati penyakit gastrik
2.Haruan mengandungi sejumlah besar Vitamin A yang membantu menambah daya penglihatan, melembapkan kulit dan bertindak sebagai anti oksidan yang melambatkan proses penuaan.
3.Haruan mengandungi asid arakidonik yang tinggi yang membantu memulakan proses darah menjadi beku dan bertanggungjawab untuk pertumbuhan semula sel baru.
4.Glisin dari ikan haruan (merangkumi asid aspartik dan glutamik) yang merupakan satu daripada komponen penting kolagen dalam kulit manusia akan membentuk molikul protein yang penting untuk pertumbuhan semula dan penyembuhan.
5.Dari kajian saintifik didapati pengambilan ikan haruan juga dapat mengurangkan sakit selepas pembedahan
6.Lendir ikan haruan mengandungi asid oleik dan linolik tak tepu iaitu komponen utama lipid sepenuhnya.
7.Ikan Haruan mengandungi kolagen yang tinggi yang membantu mencantikkan kulit

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...